Followers

Monday, March 11, 2013

VIDEO - Samseng UMNO Buat Onar, Baling Kayu, Telor Depan Pejabat PKR

 




Hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya petang tadi, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.

Kakitangan yang cedera, S Balakumaran berkata, lehernya terkena kayu, manakala dadanya dibaling batu dan telur.








“Pada mulanya, mereka bakar bendera parti. Kemudian, mereka patahkan kayu bendera dan baling sehingga terkena leher saya dan luka. Mereka juga baling telur dan batu ke arah dada saya,” katanya ketika dihubungi.



Beliau memaklumkan kekecohan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berlangsung selama sejam.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman menyelar perbuatan samseng berkenaan yang menyebabkan kerosakan beberapa kemudahan.

“Mereka buat kecoh dan baling telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur. Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah,” katanya.

Katanya lagi, turut kelihatan bersama samseng itu adalah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Yang DiPertua GAPS Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad.

Katanya, mereka mendakwa kononnya datang untuk membantah kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

KEADILAN membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya berhubung insiden itu. -RM/KD





GEMPAR!!!!!!... RIBUAN PEMUDA UMNO DAN PERKASA BERDEMO DEPAN IBU PEJABAT PARTI KEADILAN RAKYAT DI TROPICANA, PETALING JAYA SEBENTAR TADI!!!!!!



Inilah dia ribuan para pejuang ketuanan Melayu terdiri dari macai-macai UMNO, balaci-balaci PERKASA buat demo bising terpekik terlolong depan Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya, Selangor sebentar tadi.

Sebelum itu hujan turun dengan lebatnya maka bertempiaran lari litang pukang mencicit tak cukup tanah cari perlindungan.

Sebaik saja hujan reda barulah mereka keluar dari tempat persembunyian berteduh.

Yang datang menyalak terlolong pun boleh dikira dengan jari.




Bawa kain rentang yang difahamkan ada kaitan dengan pencerobohan Sulu dan kemasukkan ayah Saiful Bukhari kedalam PKR pagi tadi.

Sekadar terlolong lepas itu baling bendera dan cone ... P[xxxxxxx -sensored GB]!!!!

Kalau beginilah semangat dan jati diri yang ditunjukkan oleh para pemuda UMNO dan PERKASA, alamatnya PRU 13 INS'YALLAH UMNO BUNGKUS.
-omakkau


Ulasan GB

Banyak laporan polis telah dibuat mengenai kes golongan yang pro-UMNO ini membaling kayu, batu dan telor. Tetapi malangnya pihak polis tidak mengambil tindakan sehingga menyebabkan gejala "samseng" ini menjadi-jadi.

Beberapa hari lalu, di Melaka, anggota polis sendiri cedera terkena balingan batu oleh para samseng UMNO di sana, tetapi polis masih mempertahanka tindakan samseng itu, sebaliknya menyalahkan Pakatan. 

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Itu ketetapan sunnatullah yang tidak boleh dielakkan. 
Polis yang bersikap tidak professional dan pilih kasih di dalam menjalankan tugasnya akan tetap terhukum juga satu hari nanti. Itu pesanan kita.


 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.