Followers

Saturday, March 2, 2013

[Video] Kerajaan Pulau Pinang Sumbang RM30 Ribu kepada Keluarga Komando yang Terbunuh di Lahad Datu

 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga wira komando polis yang terkorban di Lahad Datu semalam. 

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang akan menghulurkan sumbangan RM30 000 kepada setiap keluarga komando tersebut. Walaupun kedua-dua wira itu bukanlah anak jati Pulau Pinang, namun Lim Guan Eng menyatakan sumbangan tersebut adalah tanda penghargaan dan penghormatan serta penghargaan  terhadap jasa mereka kepada negara.



Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis kerajaan negeri.



Selain mengumumkan sumbangan tersebut, Lim Guang Eng turut menjemput EXCO Kerajaan Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim untuk mengetuai bacaan al -fatihah untuk disedekahkan kepada roh wira negara. 



Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, tengah hari tadi.



Pesawat Charlie yang membawa jenazah tiba kira-kira jam 12.35 tengah hari. Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi.



Kira-kira pukul 1.05 tengah hari kedua-dua jenazah selamat dibawa ke balai ketibaan dan doa dibacakan.



Anggota yang terkorban ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.



Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.



Allahyarham Sabarudin yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pula meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak ,iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. -DCM/SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.