Dalam
keadaan terdesak , UMNO pula cuba melawan bom nuklear yang diletupkan
oleh Bapak Saiful dengan mengadakan sidang medianya tersendiri.
Di dalam
sidang tersebut yang baru sahaja selesai dilangsungkan, Saiful pula
cuba mengajar bapaknya untuk kembali ke pangkal jalan.
Semua orang sahaja tersenyum melihat gelagat UMNO yang kini bagai cacing kepanasan. Anak pula yang mengajar bapa.
Nasib
UMNO kini benar benar mirip kerajaan Jepun dan Nazi semasa pengakhiran
Perang Dunia Kedua dimana ramai cuba meninggalkan kapal bahteranya yang
nampak sudah nak karam.
Pertama,
pengakuaan bapa Sayful sekali gus menghancurkan segala percubaan untuk
mempalitkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu.
Ianya
menghancurkan percubaan mempalitkan Dato Seri Anwar dengan isu
pencerobohan Lahad Datu, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI
dengan isu China Doll, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI
dengan isu Sodomi 1 dan Sodomi 2.
Ini
kerana, semakin lama DSAI cuba dipalitkan dengan seberapa banyak isu
yang boleh, maka semakin sukar ianya untuk dipercayai oleh rakyat
jelata.
Dengan adanya pengakuaan Bapa Saiful, maka rakyat telah mendapat
bukti jelas yang segala segalanya hanya perbuatan jahat yang bertujuan
untuk memfitnah DSAI dan mewujudkan persepsi negatif terhadapnya.
Kedua,
pengakuan bapa Sayful umpama meletupkan peluru berpandu di kampung UMNO.
UMNO telah menghabiskan masanya berkempen secara habis habisan untuk
membunuh karektor politik DSAI. Tujuan UMNO bukannya untuk memuliakan
diri mereka tetapi untuk membuat DSAI kelihatan lebih teruk dari mereka.
Tetapi
sekarang sebaliknya yang berlaku. Dahlah UMNO sinonim dengan pemimpin
lemah, tidak patriotik, perasuah, kurang pandai, penuh dengan masalah
dalaman, rasa bongkak, tidak demokratik, mata duitan dan mencipta isu
demi survival politik, racis, berfikiran sempit tetapi kini mereka bakal
dikategorikan sebagai pemfitnah.
Dengan
adanya pengakuan bapa Sayful ni, maka UMNO tiada lagi sebarang lunas
ataupun landasan untuk berkempen. Kalau nak berkempen kononnya pemimpin
UMNO ni satu satunya pemimpin Melayu yang disegani, tak boleh kerana
orang yang mendengar tu muntah.
Kalau nak berkempen kononnya mereka
pejuang Melayu terakhir - tak boleh kerana Perkasa dah ambil tempat tu
terlebih dahulu.
Kalau nak berkempen konnonya UMNO ni mempertahankan
kedaulatan negara - tak boleh kerana UMNO mendalangi projek IC yang
ditolak lebih 90% pengundi. Kalau nak kempen kononya "Anwar Ibrahim itu
.." tak boleh. Tak sampai UMNO nak habiskan ayatnya orang dah lempar
slipar!
Maka
berlumba-lumbalah tikus meninggalkan bahtera UMNO yang sudahpun dah nak
karam. Tan Sri Musa, yang sekian lama cuba menjadi mahluk dua alam
dijangka akan berbuat sama. Kemudian ianya akan diikuti oleh bekas orang
kuat UMNO sehingga tiada lagi pelampung keselamatan.
Dan setelah itu, maka berkaramlah bahtera UMNO sambil disambut sorakan dan tepuk tangan oleh kesemua rakyat Malaysia.
Kerana
terlalu menggelupor dan hilang punca , maka beliau dan pengarah filem
lupa ''touch upkan'' tanda iman di dahi Haji Saiful Bukhari seperti
biasa semalam pada sidang media beliau di bandingkan kunjungan nya ke
Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan Haji pada 2012 . lupa skrip lagi der.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.