Followers

Friday, March 8, 2013

Video & Gambar : Bas Merdeka Rakyat Anwar Diserang Di Melaka

 
 
 




Gambar : Omak Kau



BUKIT KATIL 8 MAC: Berpuluh-puluh samseng Umno BN bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil di sini, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

“Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis,” tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.

Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.
“Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut,” katanya.
 
Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat.

Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.

Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng.
Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini.KD


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.