Followers

Sunday, March 10, 2013

Tun Mahathir Mohammad sudah lari? - anaabdullah

 
Selesai solat jumaat, penulis didatangi salah seorang Jemaah dan berkata, Tun Mahathir Mohammad “lari”. Lari kenama pulak

Terkejut penulis apabila dengar perkataan Tun Mahahtir lari. Lari kemana pula? Ini pasti berita yang diberi nama “kahbar angin”. Tidak boleh dipercayai.

Berita direkacipta oleh seseorang atau pihak tertentu untuk memburuk reputasi bekas perdana menteri diberi tugas berkempen untuk pihak Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kita boleh terima jika Tun Mahathir Mohammad Keluar Negara. Bukan lari ketika berlaku pembunuhan terhadap Ibrahim Libya di Memali dulu.

Tun Mahathir Ke luar Negara atas nama lawatan rasmi ketua Negara di Negara tertentu atas jemputan ketua Negara terbabit.

Buat apa beliau lari. Apa kena mengena dengan kes percerobohan di Lahad Datu. Dia bukan perdana menteri. Dia bukan apa apa lagi dalam kerajaan satu Malaysia.

Ke kerana dia terbabit dengan penjualan kad pengenalan kepada rakyat Filifina yang dikatakan menceroboh Malaysia?

Apa kaitan dengan kes percerobohan tersebut. Kalau tiada kaitan mengapa mesti lari. Apa yang hendak ditakutkan.

Hendak kata dia ada kaitan dengan kes kecurian minyak sejumlah RM 252 juta oleh kapal Indonesia baru baru ini mustahil.

Setahu penulis, Tun Mahathir pergi buat lawatan di Parlimen Pasir Mas jumpa Ibrahim Ali dengan tujuan untuk menolong orang sudah panas punggung mencari tempat untuk bertanding pada PRU 13 nanti.

Ibrahim Ali kelihatan tak tentu arah dah. Jadi macam tak keruan qpabila dekat PRU 13 yang akan diadakan April ini.Macam juga Tun Mahathir yang kelihatan sudah mengidap penyakit takut bayang bayang sendiri.

Ke, kerana Tun Mahathir orang penting dan ada pawor dalam Petronas. Tetapi mana mungkin ada kaitan dengan kes KAPAL tangki MT Bramani yang ditahan di perairan Pengerang, Johor kerana mencuri minyak.

Sebuah kapal tangki bersama muatan 70,000 tan metrik minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) bernilai RM252 juta ditahan di perairan Pengerang pada Sabtu lalu selepas dilaporkan hilang di Tanjung Agas, Pekan, Pahang pada 10 Februari lepas.

Kapal itu, MT Bramani yang didaftarkan di Jakarta, Indonesia, ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada pukul 5 petang kira-kira 2.3 batu nautika dari tenggara Pulau Lima, Pengerang.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Rozali Md. Said berkata, turut ditahan ialah kapten dan 25 orang kru kapal yang kesemuanya berasal dari Indonesia.
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.