Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berkata, kelewatan
Najib Razak dan Kementerian Pertahanan membuat keputusan menyebabkan
lapan anggota keselamatan terkorban.
Katanya, sekiranya tindakan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara
sejak minggu pertama pencerobohan, tentunya situasi lebih mudah
ditangani.
“Mengapa (operasi masih) diberi kepada pihak polis sedangkan musuh datang dari pihak luar? Ini tugas tentera.
Keputusan menentukan strategi (menyerang musuh) juga mengambil masa
lama. Lebih buruk, perisikan juga kelihatan gagal mengenalpasti identiti
dan keupayaan (persenjataan) musuh.
“Kerajaan sepatutnya memutuskan sama ada menggunakan taktik peperangan
konvensional atau kaedah mengawal insurgensi (pemberotakan).
Atau
strategi bercampur antara kedua-duanya?” kata Hadi yang juga anggota
sekretariat Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN.
Hadi turut membidas Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ATM kerana
lalai melaksanakan tugas hingga gagal memberi amaran awal pencerobohan.
“Kita persoalkan unit perisikan tentera. Apakah mereka ambil mudah semua
yang berlaku. Mengapa pencerobohan terjadi tanpa dikesan pada peringkat
awal?
“Inilah akibat apabila BN memperguna unit perisikan untuk mengekori
pemimpin Pakatan. Akhirnya tugas penting mempertahankan negara terabai.
“Saya cabar mereka mengambil tanggungjawab dan segera meletak jawatan,” tegasnya.
Selain itu, Hadi kecewa terhadap kepimpinan Najib yang patut mencari
jalan penyelesaian, bukan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat.
“Beliau cuba mengalih pandangan umum dari krisis ini dengan menyalahkan
Pakatan, seolah-olah krisis ini disebabkan oleh Pakatan dan bukan
kelemahan pentadbirannya,” kata Hadi.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.