Sebelumnya DSAI telah menghadiri majlis perjumpaan rakyat anjuran Parti Keadilan Parit dan Parti Pas Parit (Padang Tenggala) Kedatangan DSAI ke Batu 16 telah disertai dengan konvoi bekereta dan Bas Jelajah Merdeka Rakyat.
Majlis Tazkirah di Bilik Gerakan Kampung Tua itu telah dipengerusikan oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim.Tetamu yang turut hadir ialah Mustapa Kamil Ayob,Mohd Noor Manuty dan Ustaz Ismi (YDP PAS Parit).
Antara lain dalam tazkirahnya DSAI menekankan bahawa matlamat kehidupan manusia diatas muka bumi ialah mencari keredhaan Allah.
Semua manusia diwajibkan untuk akur dengan perintah dan aturan yang telah di tetapkan oleh Maha Pencipta.
Manusia juga bertangungjawab untuk menjadi pemimpin dan memilih pemimpin peminpin mereka.Pemimpin mestilah dipilih dari kalangan mereka mereka yang amanah dan jujur.
Berlainan dengan keadaan politik Malaysia dewasa ini,ramai pemimpin yang dilantik dikalangan mereka yang pecah amanah serta tidak jujur dalam menjalankan amanah rakyat.
Apa yang dipedulikan oleh pemimpin ini ialah untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni,merampas hak yang sepatutnya diagih agihkan dikalangan rakyat.
TBO
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.