Followers

Thursday, March 21, 2013

Takut punca tarikh PRU13 samar, dakwa Mat Sabu

JOHOR BAHRU - Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih belum mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri kini memerintah negara dalam kerajaan yang sudah luput tempoh dan ia merupakan kali pertama sejak tanah air mengecap kemerdekaan.

“Inilah kali pertama sejak merdeka Perdana Menteri susah untuk mencari tarikh pilihan raya, tidak jumpa. Anda mahu tahu kenapa? Sumber yang membantu Perdana Menteri untuk menentukan tarikh mengakui PR boleh menang jika pilihan raya diadakan.

“Johor pula bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) kerana ia akan menjadi kubur BN. Sejak dulu pakatan menghormati demokrasi negara ini dengan menerima keputusan rakyat dan tewas kepada parti kerajaan.

“Tetapi sekarang, BN semakin tidak menghormati demokrasi di negara ini kerana tahu PR semakin kuat dan rakyat menyokong kita. Daripada keadaan ini, kita lihat Umno, MCA, MIC dan BN takut dengan kekalahan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Ulangtahun DAP ke-47 di kawasan lapang berhampiran Sutera Mall, di sini, malam kelmarin.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kepimpinan BN kini semakin bimbang untuk berdepan dengan kekalahan kerana percaya akan terus gagal kembali menawan kembali Putrajaya sekiranya PR menang PRU13.

Sambil memberi contoh pemerintahan PR di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, beliau berkata, PR mampu mentadbir negeri-negeri dan negara dengan lebih baik sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

“Rakyat Johor perlu tahu bahawa BN mahu memecahbelahkan kita dengan mainkan isu perkauman sedangkan PR sentiasa bela semua kaum malah melayan dengan sama rata.

“Saya berharap rakyat negeri ini akan bersatu tenaga untuk melakukan perubahan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menolak semua isu perkauman yang dibawa oleh BN untuk menegakkan negara berkebajikan,” katanya.
SUARA PAKATAN RAKYAT.....

Takut punca tarikh PRU13 samar, dakwa Mat Sabu

JOHOR BAHRU - Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih belum mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri kini memerintah negara dalam kerajaan yang sudah luput tempoh dan ia merupakan kali pertama sejak tanah air mengecap kemerdekaan.

“Inilah kali pertama sejak merdeka Perdana Menteri susah untuk mencari tarikh pilihan raya, tidak jumpa.

Anda mahu tahu kenapa? Sumber yang membantu Perdana Menteri untuk menentukan tarikh mengakui PR boleh menang jika pilihan raya diadakan.

“Johor pula bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) kerana ia akan menjadi kubur BN. Sejak dulu pakatan menghormati demokrasi negara ini dengan menerima keputusan rakyat dan tewas kepada parti kerajaan.

“Tetapi sekarang, BN semakin tidak menghormati demokrasi di negara ini kerana tahu PR semakin kuat dan rakyat menyokong kita. 

Daripada keadaan ini, kita lihat Umno, MCA, MIC dan BN takut dengan kekalahan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Ulangtahun DAP ke-47 di kawasan lapang berhampiran Sutera Mall, di sini, malam kelmarin.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kepimpinan BN kini semakin bimbang untuk berdepan dengan kekalahan kerana percaya akan terus gagal kembali menawan kembali Putrajaya sekiranya PR menang PRU13.

Sambil memberi contoh pemerintahan PR di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, beliau berkata, PR mampu mentadbir negeri-negeri dan negara dengan lebih baik sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

“Rakyat Johor perlu tahu bahawa BN mahu memecahbelahkan kita dengan mainkan isu perkauman sedangkan PR sentiasa bela semua kaum malah melayan dengan sama rata.

“Saya berharap rakyat negeri ini akan bersatu tenaga untuk melakukan perubahan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menolak semua isu perkauman yang dibawa oleh BN untuk menegakkan negara berkebajikan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.