Followers

Monday, March 25, 2013

Tabik Hurmat Kepada YAB Sdr. Lim Guan Eng... KM Pulau Pinang.

Terowong: Zenith kagum Guan Eng majukan negeri 

Terowong: Zenith kagum Guan Eng majukan negeri

TASEK GELUGOR- Pengerusi Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Zulkipli kagum dengan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana sanggup dihentam berbagai pihak untuk memenuhi visi membangunkan negeri ini.

Ujarnya, setelah berjaya memperolehi projek pembinaan tiga lebuhraya dan sebuah terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam melibatkan peruntukan RM6.3 bilion tidak sepatah pun keluar perkataan dari mulut Lim bertanyakan latar belakang politiknya.


"Ketua Menteri tak tanya pun siapa dan latar belakang politik saya kerana yang dia mahu ialah syarikat boleh buat kerja tidak tipu dan beramanah serta mampu laksanakan projek sehingga berjaya hatta dengan syarikat gabungan mana sekali pun," tegasnya sewaktu diberikan peluang berucap sekaligus mengenepikan tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak dalam program taklimat kepada awam di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi.

Sambungnya, tiada masalah apabila sebuah syarikat bumiputera diberikan mandat sebegitu dan terpulang pada syarikat untuk bergabung syarikat lain asalkan ia menunjukan prestasi dan kejayaan yang baik.

BUCG jelasnya, adalah sebuah syarikat pembinaan terbaik dari Negara China di mana syarikat berkenaan berjaya membina Stadium Olimpik di China, lebuhraya dan sebagainya.

Lagipun sambungnya, kerja-kerja pembinaan itu nanti akan memberikan peluang kepada kontraktor di negeri ini yang dilihat berkemampuan.

"Saya sendiri telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang kemudian kontraktor Cina dan sedang merancang bertemu kontraktor India supaya masing-masing memperoleh sedikit peluang hasil pembangunan di negeri ini. 

Kepada pihak-pihak tertentu janganlah buat fitnah sebaliknya marilah bersama berganding mahu bersama kerajaan yang berjiwa rakyat," tegasnya.


-harakahdaily/Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.