Followers

Sunday, March 3, 2013

Sudah 7 anggota polis terbunuh. PM dan Menteri KDN masih bangga dengan jawatan masing-masing!

[Terkini Klik untuk Kemas Kini] 5 Lagi Anggota Polis Terbunuh, Lebih Banyak Penceroboh Mendarat di Sabah..GILA!!!!



[MK] Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah.

Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.

Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis darrah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanyanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.

 

Apa Menteri KDN kata?



Kemas Kini

IGP: Lebih ramai penceroboh mendarat di Sabah

[MK] Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.

Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.

Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.


Duniacacamarba  (DCM)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.