Followers

Thursday, March 14, 2013

Siapa biadap, TV3 atau Tian Chua? — Mohd Sayuti Omar

Siapa biadap, TV3 atau Tian Chua? — Mohd Sayuti Omar

13 MAC — Tokoh politik pembangkang yang menjadi sasaran UBN hari ini ialah Naib Presiden PKR Tian Chua. Isunya ialah kononnya Tian Chua menganggap tragedi pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara. Tiap malam media PB memainkan isu berkenaan. TV3 dalah media paling ke depan dan hero di dalam membawa isu ini. Cara TV itu memainkan isu berkenaan sudah tidak waras lagi.

TV itu seakan melihat Tian Chua lebih bahaya daripada penceroboh Sulu di Sabah. Cara TV mengecam Tian Chua dengan menemu ramah orang-orang tertentu agar mengecam Tian Chua lebih hebat daripada kecamannya kepada penceroboh Sulu.

TV3 hanya beberapa hari saja menemu ramah orang ramai untuk pengaruhi pemikiran awam agar benci kepada pencerobohan di Lahad Datu itu, sebaliknya mengenai Tian Chua ini berhari-hari dan masih belum ada tanda-tanda ianya akan dihentikan. Mungkin episod Tian Chua akan berpanjang selagi tiadak tokoh oposisi sebagai pengganti.

Orang yang dijadikan koresponden pula berbagai lapisan masyarakat, dari orang awam yang kencing tidak basuh sampailah kepada bekas-bekas pegawai keselamatan, dari polis maupun tentera. Kenapa?

Baru sekejap tadi TV itu mengendorcekan pendapat seorang bekas polis menganggap Tian Chua sebagai biadap mengeluarkan kenyataan itu. Individu itu juga meminta Tian Chua menjaga mulutnya. Saya rasa yang biadap dalam hal ini bukan Ahli Parlimen Batu itu tetapi individu berkenaan dan juga TV3.

Saya tidak tahu apakah individu itu faham dan mendengar apa sebenarnya yang diucapkan Tian Chua atau ia hanya mendapat maklumat dan terjemahkan TV3 saja? Rasanya begitulah. Adalah tidak adil untuk mengecam Tian Chua tanpa mendengar versi sebenar apa yang beliau ucapkan.

Tian Chua sudah pun menafikan tuduhan ke atasnya dan telah pun mula mengambil tindakan undang-undang kepada bloger yang memfitnahnya? Bila tindakan sudah diambil tidak sepatut lagi ia dikecam tunggulah apa keputusan mahkamah nanti. Nampak orang negara ini tidak kira bekas kerajaan atau yang memang sedia kala bodoh tidak tahu menghormati undang-undang dan hak asasi orang lain.

Saya mencabar TV3 agar menyiarkan video ucapan Tian Chua berhubung apa yang didakwakan itu? Jangan hanya meminta orang awam mengulas versi yang sudah dikotori oleh pihak-pihak tertentu. TV3 sepatutnya menjaga kredibiliti dan kod etikanya sebagai media yang sepatutnya.

Sekiranya TV3 berkenaan berniat dengan menyiarkan kenyataan Tian Chua itu bagi membangkitkan kemarahan keluarga anggota keselamatan dan orang ramai, ia adalah tindakan sia-sia. Apabila ia dibuat secara bertubi-tubi semacam orang tidak siuman apa yang hendak di psywarkan itu tidak mendatangkan hasil lagi sebaliknya apa yang berlaku orang akan marah dan ludah skrin TV berkenaan.

Sepatutnya TV berkenaan membuat kajian menyeluruh sejauh manakah kebekesanan isu-isu yang dibangkitkan dalam membantu UBN. Ini kerana ada isu-isu yang dibangkitkan tidak relevan dan seolah-olah ia disengajakan untuk memburukkan kepercayaan dan sokongan orang ramai kepada UBN. Isu yang dimainkan bukan menguntungkan UBN tetapi melabakan pihak oposisi.

Sekali lagi diminta TV3 akan menyiarkan petikan ucapan Tian Chua berhubung apa yang dituduhkan itu. Kegagalan ini menyebabkan TV3 berbohong dan biadap. Dan kalau benar Tian Chua mengeluarkan kata-kata seperti dilaporkan itu wajar kita semua membelasah Tian Chua. — msomelayu.blogspot.com

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Pakat-Pakat Kalih.
Pakat-Pakat Kalih's photo.

13 MAC — Tokoh politik pembangkang yang menjadi sasaran UBN hari ini ialah Naib Presiden PKR Tian Chua. Isunya ialah kononnya Tian Chua menganggap tragedi pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara. Tiap malam media PB memainkan isu berkenaan. 
 
TV3 dalah media paling ke depan dan hero di dalam membawa isu ini. Cara TV itu memainkan isu berkenaan sudah tidak waras lagi.

TV itu seakan melihat Tian Chua lebih bahaya daripada penceroboh Sulu di Sabah. Cara TV mengecam Tian Chua dengan menemu ramah orang-orang tertentu agar mengecam Tian Chua lebih hebat daripada kecamannya kepada penceroboh Sulu.

TV3 hanya beberapa hari saja menemu ramah orang ramai untuk pengaruhi pemikiran awam agar benci kepada pencerobohan di Lahad Datu itu, sebaliknya mengenai Tian Chua ini berhari-hari dan masih belum ada tanda-tanda ianya akan dihentikan. 
 
Mungkin episod Tian Chua akan berpanjang selagi tiadak tokoh oposisi sebagai pengganti.

Orang yang dijadikan koresponden pula berbagai lapisan masyarakat, dari orang awam yang kencing tidak basuh sampailah kepada bekas-bekas pegawai keselamatan, dari polis maupun tentera. Kenapa?

Baru sekejap tadi TV itu mengendorcekan pendapat seorang bekas polis menganggap Tian Chua sebagai biadap mengeluarkan kenyataan itu. Individu itu juga meminta Tian Chua menjaga mulutnya. 
 
Saya rasa yang biadap dalam hal ini bukan Ahli Parlimen Batu itu tetapi individu berkenaan dan juga TV3.

Saya tidak tahu apakah individu itu faham dan mendengar apa sebenarnya yang diucapkan Tian Chua atau ia hanya mendapat maklumat dan terjemahkan TV3 saja? 
 
Rasanya begitulah. Adalah tidak adil untuk mengecam Tian Chua tanpa mendengar versi sebenar apa yang beliau ucapkan.

Tian Chua sudah pun menafikan tuduhan ke atasnya dan telah pun mula mengambil tindakan undang-undang kepada bloger yang memfitnahnya? 
 
Bila tindakan sudah diambil tidak sepatut lagi ia dikecam tunggulah apa keputusan mahkamah nanti. 
 
Nampak orang negara ini tidak kira bekas kerajaan atau yang memang sedia kala bodoh tidak tahu menghormati undang-undang dan hak asasi orang lain.

Saya mencabar TV3 agar menyiarkan video ucapan Tian Chua berhubung apa yang didakwakan itu? Jangan hanya meminta orang awam mengulas versi yang sudah dikotori oleh pihak-pihak tertentu. 
 
TV3 sepatutnya menjaga kredibiliti dan kod etikanya sebagai media yang sepatutnya.

Sekiranya TV3 berkenaan berniat dengan menyiarkan kenyataan Tian Chua itu bagi membangkitkan kemarahan keluarga anggota keselamatan dan orang ramai, ia adalah tindakan sia-sia. 
 
Apabila ia dibuat secara bertubi-tubi semacam orang tidak siuman apa yang hendak di psywarkan itu tidak mendatangkan hasil lagi sebaliknya apa yang berlaku orang akan marah dan ludah skrin TV berkenaan.

Sepatutnya TV berkenaan membuat kajian menyeluruh sejauh manakah kebekesanan isu-isu yang dibangkitkan dalam membantu UBN. 
 
Ini kerana ada isu-isu yang dibangkitkan tidak relevan dan seolah-olah ia disengajakan untuk memburukkan kepercayaan dan sokongan orang ramai kepada UBN. 
 
Isu yang dimainkan bukan menguntungkan UBN tetapi melabakan pihak oposisi.

Sekali lagi diminta TV3 akan menyiarkan petikan ucapan Tian Chua berhubung apa yang dituduhkan itu. Kegagalan ini menyebabkan TV3 berbohong dan biadap. 
 
Dan kalau benar Tian Chua mengeluarkan kata-kata seperti dilaporkan itu wajar kita semua membelasah Tian Chua. — msomelayu.blogspot.com

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Pakat-Pakat Kalih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.