Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam
pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna,
Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat
17, Lahad Datu malam tadi.
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.
Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu
dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama
mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti
kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.
Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi
anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden
tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan
pasukan keselamatan negara.
Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.
Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama
Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.
Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.
Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.
Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.
Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.