Followers

Saturday, March 23, 2013

Secara Tiba-Tiba Daftar Pengundi Hantu PAPAGOMO Hilang.. Posted by Addin Dee

 

Selepas mendedahkan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua rekod daftar pemilih semalam, KEADILAN hari ini mendakwa salah satu rekod tersebut 'hilang' dari pangkalan datar Sistem Semakan Daftar Pengundi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).


(Gambar: Carian rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris menggunakan no kad pengenalan polis RF142863 yang dibuat hari ini. 
 
Tertera tulisan "record not found")Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata semakan pihaknya hari ini mendapati Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863 telah dibuang dan tiada dalam rekod SPR.

"Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos," katanya dalam satu kenyataan.
 
Semalam Rafizi mendedahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang terkenal sebagai blogger pemfitnah seks mempunyai dua rekod daftar pemilih.



Satu adalah sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan polis RF142863 dan satu lagi sebagai pengundi biasa dengan memegang kad pengenalan  bernombor 830121-03-5019.
 
Bagaimanapun hari ini katanya, rekod blogger Umno itu sebagai pengundi pos tiba-tiba telah dipadamkan.Sementara itu, beliau turut mencadangkan pihak SPR duduk semeja dengan pasukan keselamatan bagi mengenalpasti kes wujud dua rekod daftar pemilih seperti Papagomo dapat dibersihkan.
 
"Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.
 
"Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.