Rosmah Mansor berkata cincin kontroversi berharga RM24 juta yang dibawa masuk ke negara ini pada April 2011 untuk dilihat bakal bisannya Maira Nazarbayev, dikembalikan kepada syarikat penjual barang kemas itu setahun kemudian.
Katanya, cincin itu sampai ke Malaysia pada 16 April 2011 dengan satu penerbangan dari New York, dan dikembalikan semula ke ibu pejabat syarikat tersebut pada 13 Mei 2012.
"Kisah saya membeli cincin berlian berharga RM24 juta itu adalah tidak benar sama sekali. Ia adalah fitnah.
"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya," katanya
dalam tulisan berbentuk soal jawab dalam buku biografinya yang
dilancarkan hari ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.