ha tudia... dah mula dah ... hampa mai la baca tengok ... macam kita dok jangka
PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kawasan yang
terbabit dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu boleh ditangguhkan
sekiranya kawasan itu diisytiharkan darurat, kata pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata dari segi undang-undang terdapat peruntukan tertentu untuk membolehkan PRU di bahagian berkenaan ditangguhkan.
"Di bawah undang-undang jika keadaan darurat berlaku, maka SPR akan
mengambil pertimbangan sebelum membuat keputusan muktamad tentang
pilihan raya umum di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini,
Khamis.
Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan para pemimpin daripada 30
parti politik yang antara lain untuk memperjelas perkara-perkara baharu
yang pertama kali akan dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang.
Abdul Aziz berkata SPR akan meneliti butiran yang terdapat dalam
perintah darurat dan kemudian akan dibawa ke perjumpaan khas sebelum
sebarang keputusan muktamad dibuat.
"Tetapi sekarang ini yang terjejas hanya di Lahad Datu dan Semporna,
kita yakin masalah itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
Apa pun SPR susah bersedia untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila
masa," katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata setakat pagi tadi sebanyak
4,669 permohonan undi pos luar negara telah diterima SPR dan daripada
jumlah itu sebanyak 3,995 yang layak, sementara 674 permohonan lagi
telah ditolak.
"Kebanyakan pemohonan yang ditolak kerana tidak mendaftar sebagai
pengundi kerana syarat utama untuk menjadi pengundi pos ialah mesti
mendaftar terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata permohonan tertinggi ialah untuk kawasan parlimen Kelana
Jaya (195), diikuti dengan kawasan parlimen Petaling Jaya Utara (192),
Segambut (156), Subang (123), Gombak (106), Shah Alam (98) dan Serdang
(86).
Mengulas pertemuan dengan pemimpin parti politik itu, Abdul Aziz berkata
rata-rata yang hadir berpuas hati dengan penjelasan diberikan serta
penambahbaikan yang dilakukan SPR.
Beliau berkata antara tumpuan utama dalam pertemuan itu ialah berhubung
penggunaan dakwat kekal, tiada khemah khas disediakan pada hari penamaan
calon, pemansuhan bantahan terhadap kertas penamaan calon, pengundian
awal dan larangan menarik balik pencalonan.
Selain itu, Abdul Aziz turut menerangkan bahawa kertas undi mempunyai
nombor siri kerana untuk memastikan tiada kertas undi lain dimasukkan ke
dalam peti undi.
"Ia juga bagi memudahkan SPR menjalankan semakan sekiranya berlaku
sebarang bantahan. Ini kerana terdapat parti-parti politik tertentu yang
menasihatkan pengikut mereka supaya tidak menggunakan kertas undi yang
diberikan pegawai SPR sebaliknya minta kertas undi lain," katanya. BERNAMA
MIMPI SENJA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.