Mungkinkah mereka bakal bertembung di Parlimen Shah Alam pada PRU 13 ?
SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad mengalu-alukan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang sekiranya beliau yakin mampu mendapat sokongan pengundi.
Malah katanya, keputusan sama ada Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya
PAS Selangor untuk bertanding di kerusi berkenaan atau tidak juga boleh
menjadi kayu ukur bagi membuktikan kekuatan sokongan yang
diuarkan-uarkannya sebelum ini.
"Kalau beliau kuat datanglah (bertanding) di Shah Alam. Itu hak beliau untuk bertanding di mana sekalipun," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Hasan yang
mendakwa menerima saranan daripada pelbagai pihak termasuk di kalangan
ulama PAS agar bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam.
Bagaimanapun Hasan yang kini Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati)
berkata beliau masih belum membuat keputusan untuk bertanding pada PRU
akan datang ataupun tidak termasuk status kedudukannya di Dewan Undangan
Negeri (DUN) Gombak Setia yang dimenanginya pada pilihan raya umum
2008.
Mengulas lanjut, Khalid bagaimanapun sangsi dengan hasrat Hasan untuk
bertanding di Shah Alam terutama sekali berhubung parti yang akan
diwakilinya nanti.
"Saya pun tak tahu beliau nak bertanding wakili parti mana. Adakah BN
(Barisan Nasional) nak bagi peluang kepadanya? Saya rasa beliau kena
tanya Ketua Umno Bahagian Shah Alam dahulu untuk mendapatkan restu.
"Ataupun beliau nak bertanding atas tiket bebas dengan tujuan memecah
undi supaya PAS kalah? Itu saya tak pasti...kita juga nak tahu ahli PAS
mana yang masih sokong beliau seperti yang selalu didakwanya itu,"
katanya.
Pada PRU 2008, Khalid mengalahkan calon daripada BN iaitu Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti sebanyak 9,314 undi.
Beliau memperoleh 33,356 undi berbanding lawannya yang menerima 24,042 undi.Mstar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.