Followers

Saturday, March 23, 2013

Penyamun syor penyangak jadi idola - BlogMaster

 
Mahathir mempunyai wawasan untuk melingkupkan generasi pelajar sekolah hari ini untuk tempoh 100 ke 200 tahun yang akan datang.



Penyamun khazanah negara selama 22 tahun mentadbir negara ini mencadangkan agar penyangak perbendaharaan negara dijadikan idola oleh para pelajar di sekolah-sekolah. 

Pada hari ini, Mahathir telah mencadangkan agar buku biografi Rosmah Mansor diedarkan ke sekolah sebagai pedoman generasi akan datang.

Dr M cadang edar buku Rosmah ke sekolah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor diedarkan ke sekolah sebagai pedoman generasi akan datang.

"Saya selalu katakan bahawa pemimpin kira patut menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka.

"Ini adalah buku yang baik untuk dijadikan pedoman generasi baru 100 atau 200 tahun akan datang," katanya ketika melancarkan buku setebal 180 halaman itu di Kuala Lumpur hari ini.

Penerbit buku itu, Yayasan Amanah PerdanaYayasan Amanah Perdana, mempromosi buku itu sebagai penerbitan untuk membendung "penipuan dan cemburu" mengenai Rosmah.

Mahathir berkata beliau bersimpati dengan Rosmah kerana beliau juga menjadi sasaran penipuan dan serangan sebelum ini.

"Saya terbitkan memoir dan menulis perkara yang benar mengenai masa saya menjadi pemimpin. Namun, orang masih menipu mengenai saya," katanya.


Ram Anand -     Malaysia Kini - 6:35PM Mac 19 2013


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.