Followers

Saturday, March 2, 2013

Pengurus kanan GLC tak mengaku lakukan seks oral

 

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus kanan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, tahun lalu.

Mohd. Yusre Mohd. Yusoff, 44, yang telah berkahwin, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Lelaki itu yang hadir ke mahkamah memakai kemeja putih dan berseluar kelabu tidak ditawarkan sebarang ikat jamin oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chean Ling yang mengendalikan pendakwaan.

Ini kerana, katanya, tertuduh masih dalam lima siasatan polis berhubung kes seksual melibatkan beberapa mangsa lain di bawah umur selain bertujuan menjaga keselamatan mereka kerana tertuduh tahu alamat rumah mangsa-mangsa terbabit.


-utusan.com/Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.