Followers

Tuesday, March 5, 2013

Penduduk Dipaksa Turunkan Bendera..Dimanakah Demokrasi Di Negara ini..


Penduduk Dipaksa Turunkan Bendera..Dimanakah Demokrasi Di Negara ini..

Gambar Hiasan (Markas Pas Padang Tenggala Bota Perak)
Seorang penduduk Telok Bakong telah ditegur oleh seorang ketua kampung kerana menaikan bendera Pakatan Rakyat di halaman rumahnya.

Walaupun teguran itu tidak dinyatakan secara terus,ianya disampaikan melalui seseorang,ianya dianggap serius dan berat.

Ianya bercanggah dengan prinsip prinsip demokrasi yang menekankan kebebasan bersuara,kebebasan untuk menyatakan pendapat dan kebebasan untuk membuat pilihan kepada parti parti yang bertanding.

Paling menghairankan ialah teguran itu dilakukan oleh ketua kampung bersebelahan dan bukannya ketua kampung Telok Bakong sendiri.

Ini menimbulkan persoalan,apakah kuasa ketua kampong boleh menjangkau ke kampung bersebelahan.

Didalam soal kebebasan hak hak manusia didalam sistem demokrasi,ketua kampung tiada hak untuk menentukan siapa yang patut disokong oleh penduduk kampung.

Sekiranya ada ketua kampung yang berbuat demikian,perkara ini boleh dilapurkan kepada SPR dan badan badan hak asasi.

Kemungkinan kemungkinan boikot oleh sebilangan kecil ahli ahli umno keatas keluarga berkenaan adalah besar.


Mereka berserah kepada ketentuan Allah.

Sesungguhnya segala rezeki adalah dari Allah.Tuhan merahmati orang yang sentiasa memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Sedarlah doa orang yang dizalimi sentiasa diperkenankan Tuhan.


Telok Bakong Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.