Followers

Sunday, March 24, 2013

PECAH BERITA! Taib Serang Anwar Untuk Lepas Tengkuk Sendiri?

 
Fuyoo, sudah kantoi mantoi terpaksa alih meriam kepada musuh politik!

Panik dengan pendedahan bersiri terhadap skandal yang membelenggu dirinya, ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud kini bagaikan cacing kepanasan!

Dengan menyerang Anwar Ibrahim, Taib kini tidak lebih umpama pelairan politik walau harta kekayaan menimbun hingga USD25 bilion (RM64.3 bilion) sekalipun!

Ketika berucap merasmikan dewan serbaguna baharu Kampung Lintang, Petra Jaya berharga RM1 juta di Kuching sebentar tadi, Taib berkata rakyat yang cintakan negara tidak akan memburukkan negara sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada pemimpin pembangkang itu. 

“Kita tidak mahu dipengaruhi pihak luar lagi, kita tidak mahu terus bersama satu golongan yang bawa orang luar, dan cuba cetuskan kekecohan ala ‘Arab Spring’, itu semua kita tidak mahu. Kita mahu negeri maju, dan rakyat mahu kerajaan yang telah bawa banyak kemajuan,” katanya. 

Kononnya Anwar kini sudah menjadi ejen asing untuk menghancurkan negara padahal Najib Altantuya lebih bahaya kerana sanggup mengupah penasihat Israel, APCO Worldwide yang ternyata membahayakan keselamatam negara.

Sebenarnya, kenyataan Taib dilihat penganalisis politik bertujuan untuk mengalih perhatian seluruh negara terhadap skandal yang kini sudah menjadi buah mulut antarabangsa hinggakan Penguasa Kewangan Singapura, Monetary Authority of Singapore (MAS) terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan mereka mempunyai kaitan dengan kegiatan Taib.

Malah kenyataan Taib itu kini seakan makan tuan kerana penafian yang dibuat hanyalah menambah syak bahawa ada sesuatu yang disembunyikan dari rakyat negeri ini yang sudah tidak tahan dengan penindasan dan pencerobohan tanah adat yang semakin lama semakin terhakis.

Persoalannya mengapa Taib sanggup menyerang Anwar padahal pendedahan yang dilakukan NGO berpusat di London, Global Witness mensasarkan diri Taib sendiri dan secara tidak langsung perdana menteri, Najib Altantuya.

Apakah Taib kini sudah terdesak mahu mempertahankan kuasa di sebalik tekanan berterusan rakyat supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Taib tanpa pilih bulu?

Mengapa mahu menyalahkan Anwar atas pendedahan yang sepatutnya sudah lama dilakukan sedangkan Najib Altantuya terus berdiam seolah-olah bertepuk tangan dengan kedudukan Taib sendiri?

Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar kerana bila nyamuk mula menggigit, sudah tidak berguna lagi walau harta sebanyak Firaun sekalipun!

Sumber memberitahu Taib kini sudah tidak boleh mempercayai sesiapun termasuk dari kalangan ahli keluarganya sendiri setelah video pertama didedahkan Selasa lalu dan video kedua kelmarin.

Ini sekaligus membuktikan Taib kini semakin hampir menuju karier politiknya dan inilah yang paling menggembirakan Najib Altantuya kerana apabila Taib sudah berundur, langkah Umno untuk merompak kekayaan negeri terbesar di Malaysia ini ternganga luas!

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.