Tertekan atau mengamuk tembelangnya terbongkar?
Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka menjadi pengantaranya bagi kontrak pembalakan.
"Adakah anda kenal sepupu tersebut?
Adakah anda tahu apakah hubungan antara bapa mereka dengan saya?"
"Kami bertelagah pada suatu ketika," katanya sambil menambah bahawa sepupunya itu bukanlah orang yang paling dipercayainya.
"Tetapi terpulanglah kepada anda," kata Taib kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Hotel Hilton di Kuching hari ini.
Beliau mengulas perbualan Norlia Abdul Rahman dan Fatimah Abdul Rahman dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusaniaga tanah.
Norlia dan Fatimah adalah anak perempuan Abdul Rahman Yaakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib.
Sambil mengakui dia telah menonton video yang berdurasi 16 minit itu, Taib mencemikkan mukanya tanda dia sangat tidak selesa dengan pertanyaan bertubi-tubi wartawan yang terus menyoalnya sebaik keluar dari majlis tersebut.
Dengan nada menyindir, Taib memberitahu wartawan yang mengejaranya supaya mencari bukti yang lebih "meyakinkan" dan bukannya setakat mendengar perbualan yang kononnya tidak tahu hujung pangkalnya.
Perbualannya dalam bahasa Inggeris dengan wartawan tersebut jelas tidak disenangi Taib walaupun sebelum menaiki kereta mewahnya, Taib kembali kepada wartawan itu seolah-olah mahu mengajarnya apa itu bukti, fakta dan maklumat yang sepatutnya dikeluarkan.
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.