Kedegilan menteri kesihatan, Liow Tiong Lai yang mengumumkan sebuah universiti di luar negara, Crimea State Medical University (CSMU) tidak lagi diiktiraf kerajaan bakal memberi masalah berganda yang tidak pernah difikirkannya sebelum ini.
Sudahlah keputusan tersebut mencetuskan kontroversi kerana dibuat ketika pilihanraya umum semakin hampir, malah ia bakal memberi satu lagi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi parlimen Bentong.
Tidak cukup dengan itu, kebanyakan doktor yang sudah 'tidak diiktiraf'' kerajaan akan melancarakan protes besar-besaran di Bentong sekiranya Tiong Lai masih tidak berganjak dengan keputusan kabinet itu.
Tetapi manusia yang paling cuak (gusar) ialah menteri besar Pahang sendiri, Adnan Yaakob yang terkenal dengan cakap lepasnya pada perhimpunan agung Umno tahun lalu dengan tegas dalam nada 'berseloroh' akan mengerat sebelah cuping telinganya dan terjun ke Sungai Pahang, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Tiong Lai.
Universiti yang berada di Ukraine itu ditarik balik pengiktirafan oleh kerajaan atas sebab program perubatan yang ditawarkannya gagal menepati standard yang ditetapkan dalam Akta Perubatan 1971 selain dikatakan tidak disokong Majis Perubatan Malaysia (MMC).
Para doktor dan ahli keluarga mereka yang berang dengan keputusan itu juga sudah memulakan perang terhadap keputusan tersebut dengan melancarkan ribuan risalah ke semua 19 kerusi yang bakal ditandingi MIC kerana gagal membela nasib mereka yang majoritinya kaum India.
Walaupun pengiktirafan ditarik balik serta merta, graduan yang lulus perlu menjalani ujian terlebih dahulu sebelum diiktiraf dan melakukan profesion kedoktoran mereka.
Tanpa ujian tersebut, graduan tidak dibenarkan melakukannya dan inilah yang menyebabkan waris mangsa tidak setuju dengan keputusan kerajaan itu.
Mereka juga sedang melancarkan kempen memboikot Tiong Lai dan kesemua calon MIC melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Keputusan tersebut bukan sahaja menjejaskan ribuan graduan dan mahasiswa perubatan kaum India, malah terdapat 500 mahasiswa Melayu yang turut menerima kesan daripada keputusan tersebut.
Inilah yang menyebabkan Adnan kini dikatakan sudah ketakutan gara-gara 'cabaran bodohnya' bakal memakan diri!
Jika Tiong Lai yang juga timbalan presiden MCA kalah di tangan calon Pakatan Rakyat, barangkali kesannya mungkin cuma hilang kerusi dan bakal kehilangan pengaruh sedikit demi sedikit di kalangan ahli MCA di Bentong dan seluruh negara.
Namun bayangkan apa yang akan terjadi kepada Adnan yang merupakan ADUN Pelangai, juga dalam parlimen sama terpaksa 'menarik balik' kata-katanya beberapa jam selepas dengan angkuh akan memotong telinganya sendiri jika Pakatan Rakyat menang di kubu kuat MCA itu.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.