Apa
sudah jadi, ini maklumat panas terbaru yang kami terima hasil
pembongkaran Blogger Milo Suam.
Sebelum ini kerajaan Malaysia menuduh
pemimpin pembanglang dalang disebalik isu pencerobohan warga Sulu di
Lahad Datu Sabah.
Maka, berbagai pendedahan panas telah dibuat oleh
semua piahk untuk menafikan dan memastikan sebaliknya UMNO BN yang
mempunyai hubungan langsung dengan Kesultanan Sulu. Terbaru, pendedahan
berkaitan keterlibatan bekas Exco Pemuda KeADILan yang dipecat pada
tahun 2004 iaitu Lokman Noor Adam.
Beliau yang kini menjadi Exco Pemuda
UMNO dipercayai mendapat gelaran Datuk Sri Panglima dan kini merupakan
Penasihat kepada Sultan Sulu di Malaysia.
Pendedahan ini pastinya
menggemparkan dan membuatkan mereka tidak dapat mengelak lagi bahawa apa
yang berlaku di Sabah itu adalah perancangan pihak berkenaan
sebenarnya.
Apapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk membuktikan
lagi beberapa dokumen dan maklumat yang berkenaan.
Pendedahan ini agar
rakyat berfikir secara bijak apakah isu yang berlaku di Sabah itu secara
lebih telus dan adil.
Bayangkan anggota Marin, TLDM dan keselamatan
laut adalah dibawah kendalian kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO
BN. Maka mana mungkin pemimpin pembangkang boleh meloloskan penceroboh
begitu mudah kalau tiada "connecting" dengan pihak terbabit itu].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.