NAJIB BAWA SUWEY KEPADA RAKYAT SABAH
SANDIWARA
UNTUK LUPAKAN
KES NAJIB
TINDAKAN DAN KEPUTUSAN PENTADBIRAN DATO’ SERI NAJIB MENJEJASKAN
OPERASI & KEDAULATAN NEGARA
Saya merujuk kepada dua laporan dan kenyataan berasingan yang
dilaporkan di Malaysia dan Filipina semalam yang memberi kesan besar
kepada kedaulatan negara, disamping memberi gambaran beberapa tindakan
pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani pencerobohan di
Sabah telah memburukkan keadaan.
Kenyataan Dato’ Seri Najib yang mengakui bahawa pentadbiran beliau
hanya mula bertindak mengambil jalan ketenteraan apabila lapan orang
anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbunuh mengesahkan keraguan
dibanyak pihak sebelum ini bahawa beliau mengambil masa yang terlalu
lama untuk berunding dengan penceroboh Sulu.
Kenyataan beliau itu disiarkan semalam (7 Mac 2013) di dalam Buletin
Utama di saluran TV3. Beliau secara jelas mengakui bahawa tindakan
ketenteraan hanya diambil setelah anggota keselamatan kita terkorban.
Sebab
itu, KEADILAN berpendapat adalah wajar sekiranya seluruh operasi
keselamatan di Sabah kini diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa
campur tangan dari pimpinan politik. Ini untuk mengelakkan berulangnya
salah pertimbangan di peringkat awal pencerobohan apabila tindakan
ketenteraan hanya dibuat apabila nyawa anggota keselamatan terkorban
setelah rundingan yang berpanjangan tidak membuahkan hasil.
Untuk
menjaga keselamatan anggota tentera dan polis yang melaksanakan operasi
di Sabah, wajarlah keputusan diserahkan kepada kepimpinan ATM dan PDRM
yang lebih arif, supaya mereka dapat membuat keputusan dengan cepat dan
tepat tanpa terlalu terikat dengan keputusan politik.
Saya
juga benar-benar khuatir dengan kenyataan yang dibuat oleh Rene
Almendras, Setiausaha Kabinet Filipina yang dipetik oleh Philippine
Daily Enquirer (yang kemudiannya turut dilaporkan oleh laman The
Malaysian Insider bertarikh 7 Mac 2013 bertajuk “Putrajaya, Manila
Offered Sulu Gunmen Exit Passes”).
JENERAL INI KATA
SEMUA INI
ANGKARA MADEY
SEMUA INI
ANGKARA MADEY
Laporan
itu memetik pengakuan Setiausaha Almendras bahawa pentadbiran Dato’
Seri Najib telah bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan
terhadap penceroboh Sulu dengan syarat mereka hanya perlu meninggalkan
atau menyembunyikan senjata dan meninggalkan Sabah.
Lebih membimbangkan, laporan itu turut menyebut persetujuan
pentadbiran Dato’ Seri Najib untuk membuka kembali soal tuntutan
terhadap Sabah yang dibawa oleh penceroboh Sulu.
Kedua-dua keputusan itu, jika benar, menjejaskan kedaulatan negara.
Bukanlah hak Dato’ Seri Najib untuk membuat keputusan
sewenang-wenangnya untuk merundingkan kembali kedudukan Sabah di dalam
Malaysia dan tuntutan yang dibuat oleh penceroboh. Hak itu adalah hak
rakyat dan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri adalah untuk
mempertahankan kedaulatan negara sekeras-kerasnya, apatah lagi dalam kes
yang melibatkan pencerobohan terang-terangan seperti yang berlaku.
Malah,
tawaran untuk penceroboh Sulu meninggalkan atau menyembunyikan senjata
tanpa dikenakan apa-apa tindakan memberi isyarat yang buruk bahawa
kerajaan Malaysia boleh bertolak ansur dengan pencerobohan sedemikian
rupa. Ini akan menjemput lebih banyak pencerobohan di masa hadapan,
apabila penceroboh boleh menyusup masuk dan mengambil semula
senjata-senjata yang disembunyikan.
Perkembangan-perkembangan
ini memberi gambaran bercelarunya tindak balas dan keputusan yang
dibuat oleh Dato’ Seri Najib dalam menangani peristiwa pencerobohan ini.
Masa yang terlalu lama diambil untuk berunding, ditambah pula dengan
terma rundingan yang menjejaskan kedaulatan negara, sedikit sebanyak
menjejaskan keberkesanan operasi menggempur penceroboh apabila pihak
keselamatan diarahkan mengambil tindakan setelah rundingan gagal.
Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak ada pilihan kecuali menjawab
persoalan ini di dalam satu siding khas Parlimen mengenai pencerobohan
di Sabah. Jika beliau terus mengelak, maka keraguan di pihak rakyat yang
tertanya-tanya kenapakah krisis ini tidak ditangani dengan lebih tegas
dan cepat akan terus berlegar.
PENGARAH STRATEGI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.