Media perdana itu hanya lah 'political bouncers'
Pihak pimpinan UMNO dan BN semakin terhimpit dengan krisis keyakinan yang mereka sedang hadapi.
Pihak pimpinan UMNO dan BN semakin terhimpit dengan krisis keyakinan yang mereka sedang hadapi.
UMNO sekarang mungkin telah sedar tiada apa yang
kita sembunyikan selama ini akan kekal tersembunyi buat selama-lamanya.
Perkembangan dan pembangunan industri
media dan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini sangat menyusahkan
UMNO.
Tiada apa yang buruk mereka telah lakukan tidak dapat disorokkan
dan dengan sekelip mata sahaja akan diketahui umum.
Apabila sampai sahaja maklumat ke
satu-satu tempat maka dengan pantas UMNO akan menghadapi kejatuhan tahap
keyakinan rakyat terhadapnya.
Tetapi UMNO masih ada sedikit saki-baki
kawasan yang belum ditempuhi oleh maklumat dan di sinilah UMNO
mengharapkan pergantungan sokongan dari kawasan itu untuk mengharapkan
dukungan.
Sejak dua tiga hari ini pimpinan tertinggi UMNO meminta supaya rakyat jangan percaya dengan media baru yang sedang berkembang dengan pesat sekarang.
Sejak dua tiga hari ini pimpinan tertinggi UMNO meminta supaya rakyat jangan percaya dengan media baru yang sedang berkembang dengan pesat sekarang.
Isu ini di jadikan isu harian oleh pimpinan UMNO kerana mereka tahu yang
rakyat lebih percaya kepada kredibiliti media alternatif jika
dibandingkan dengan media arus perdana.
Bagaimana mungkin UMNO
terus-terusan bertahan dengan menjadikan media arus perdana sebagai alat
propaganda mereka
Sekarang pimpinan UMNO amat gusar dengan media baru ini kerana mereka (UMNO) tidak dapat menutupi kerja-kerja mereka yang tidak semenggah selama ini.
Sekarang pimpinan UMNO amat gusar dengan media baru ini kerana mereka (UMNO) tidak dapat menutupi kerja-kerja mereka yang tidak semenggah selama ini.
Jika tiada media baru ini bagaimana
rakyat hendak tahu tentang isu NFC dengan betul misalnya.
Tidak mungkin media perdana akan
melambakkan apa yang sebenarnya berlaku dalam isu lembu dan pinjaman
kewangan terhadap seorang keluarga Ahli Jemaah Menteri yang terlibat
itu.
Tanpa media baru tidak mungkin rakyat tahu bagaimana pimpinan UMNO menjual harta benda Kementerian Pertahanan yang melibatkan Senator Raja Ropiah berhubung dengan transaksi tanah Kementah seluas 200 ekar itu?

Jika media baru tidak wujud kita tidak mungkin tahu yang
akuan bersumpah kedua PI Bala itu adalah akuan bersumpah palsu.
Rakyat tidak akan tahu tentang Rosmah
berlumba-lumba dengan suaminya dalam pembahagian bisnes dan kontrak
kepada kawan dan sahabat masing-masing.
DAN tidak akan tahu juga kita
perhubungan Najib dengan Flora Ong misalnya.
Semua ini tidak akan diketahui oleh ramai jika tiada media baru kerana media arus perdana dikuasai oleh UMNO dan semua ketidak telusan UMNO itu tidak akan disiarkan oleh mereka (media perdana).
Semua ini tidak akan diketahui oleh ramai jika tiada media baru kerana media arus perdana dikuasai oleh UMNO dan semua ketidak telusan UMNO itu tidak akan disiarkan oleh mereka (media perdana).
Bagi orang ramai, media baru ini
merupakan saluran alternatif kepada media perdana dan banyak telah
merubah keadaan di negara kita ke arah perubahan yang baik.
Media baru ini penting kerana ia boleh membuat ‘check and balance’ terhadap laporan media arus perdana. Media baru telah merongkai banyak hal dalam UMNO.
Media baru ini penting kerana ia boleh membuat ‘check and balance’ terhadap laporan media arus perdana. Media baru telah merongkai banyak hal dalam UMNO.
Mereka (UMNO) tidak suka dengan ‘check and balance’ kerana media
baru akan menyusahkan mereka untuk mendapatkan ‘cheque and all the
balances’ yang ada dalam perbendaharaan negara untuk pimpinan mereka.
UMNO sendiri telah mengupah ramai penulis-penulis dalam media baru tetapi UMNO masih lagi takut menghadapi media baru ini.
UMNO sendiri telah mengupah ramai penulis-penulis dalam media baru tetapi UMNO masih lagi takut menghadapi media baru ini.
UMNO telah mengupah dan
membariskan penulis yang handal-handal dan mempunyai pengalaman yang
luas dalam penulisan dan kewartawanan sedangkan di pihak pembangkang
mereka terdiri dari penulis yang amateur dan mereka menulis dengan
sukarela tanpa apa-apa bayaran dan imbuhan.
Saya sendiri bukanya seorang penulis pun tetapi saya mula menulis di atas desakan keadaan untuk memberikan pandangan yang berbeza dengan media perdana yang tidak mempunyai laporan yang seimbang.
Saya sendiri bukanya seorang penulis pun tetapi saya mula menulis di atas desakan keadaan untuk memberikan pandangan yang berbeza dengan media perdana yang tidak mempunyai laporan yang seimbang.
Saya tidak mahu
melihat orang ramai termakan dengan dakyah lapuk UMNO yang tertanam
dalam parti itu sekian lama.
Saya begitu sensitif terhadap tindakan
mana-mana pihak memperbodohkan pihak yang lain yang telah berluas-luasa
dalam masyarakat media kita.
Tetapi pihak pembangkang mendapat banyak sokongan dalam media baru bukan kerana mereka yang berpihak kepada pembangkang itu orang pandai-pandai, tetapi mereka lebih telus dan jujur serta mempunyai pemikiran yang jelas dan telus.

Orang ramai
bukan hendak membaca betapa hebatnya penulisan dalam media baru itu
tetapi mereka memilih untuk memberikan sokongan kepada berita dan
penulisan yang lebih jujur dan boleh diyakini.
Jika benar apa yang di siarkan oleh media arus perdana itu tidak dikotori dengan pembohongan, masakan rakyat memilih untuk membandingkan kualiti laporan serta penulisan pihak media baru itu.
Jika benar apa yang di siarkan oleh media arus perdana itu tidak dikotori dengan pembohongan, masakan rakyat memilih untuk membandingkan kualiti laporan serta penulisan pihak media baru itu.
Pihak UMNO tidak mungkin dapat
mengekang rakyat dari mendekati media baru kerana rakyat bijak memilih
yang mana satu yang telus dan yang mana satu yang bertujuan untuk
mengelirukan mereka sahaja.
Rakyat telah sedar tentang peranan yang berguna yang dimainkan oleh media baru itu adalah untuk memberikan pandangan yang berbeza dengan pandangan media perdana yang penuh dengan elemen dakyah yang merosakkan pemikiran rakyat yang ramai.
Saya pernah dicerca oleh pihak penyokong UMNO dalam media baru ini yang mengatakan saya mempunyai penulisan yang kurang ‘standard’ nya, dan tidak seperti ‘standard’ mereka.

Saya akui saya bukan seorang penulis
dan saya menumpukan kepada pemikiran dan bukannya kepada nahu dan tata
bahasa yang baik.
Saya lebihkan untuk memberikan pandangan dan pemikiran
saya dan saya tidak mahu masuk pertandingan menulis untuk mendapat
hadiah yang besar.
Walau bagaimanapun saya dapat merasakan respon dari masyarakat sangat baik terhadap pandangan dan kritikan saya terhadap isu yang mengelilingi UMNO dan BN.
Walau bagaimanapun saya dapat merasakan respon dari masyarakat sangat baik terhadap pandangan dan kritikan saya terhadap isu yang mengelilingi UMNO dan BN.
Saya tahu kelemahan saya dan
itulah sebabnya saya tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kotor
seperti ‘bangang’, ‘bodoh’ ‘babi’ dan superlatives yang buruk-buruk
dalam penulisan saya.
Saya tahu yang penggunaan istilah kasar dan kotor
itu adalah satu pancaran jelas sama ada seseorang itu terdidik oleh ibu
bapa dan keluarga yang baik-baik.
Kata-kata yang keluar daripada mulut seseorang itu melambangkan tahap darjat seseorang itu.
Kata-kata yang keluar daripada mulut seseorang itu melambangkan tahap darjat seseorang itu.
Darjat
kita bukan terletak kepada wang ringgit dan kekayaan kita sebaliknya
darjat itu merupakan bayangan kepada darjat diri kita yang
sebenar-benarnya.
Semasa saya mula membuat kritikan terhadap kerajaan
melalui penulisan di media baru dahulu, saya pernah dilemparkan dengan
kata-kata kesat seperti bodoh, sial, dan berbagai-bagai lagi panggilan
yang buruk-buruk oleh penyokong UMNO dan BN.
Tetapi saya memilih untuk berdiam diri sahaja kerana yang mengatakan saya dan yang lain itu sebagai bodoh itu, adalah orang bodoh yang sebenar-benarnya.
Tetapi saya memilih untuk berdiam diri sahaja kerana yang mengatakan saya dan yang lain itu sebagai bodoh itu, adalah orang bodoh yang sebenar-benarnya.
Saya tidak
perlu memberikan respon terhadap tindakan mereka yang tidak mempunyai
keperibadian itu.
Saya berdiam diri dan hanya menyandarkan
segala-galanya kepada kebenaran tentang apa yang saya tulis itu.
Saya
masih mempunyai masa untuk membuktikan segala ketelusan penulisan saya,
malah sesetengah dari apa yang saya jangkakan itu telah pun terbukti
kebenarannya.
Saya berkeyakinan media baru itu juga mampu untuk memberikan pelajaran kepada masyarakat tentang perkara baik walaupun tidak semua boleh memahami nilai sebenar seorang manusia itu.
Saya berkeyakinan media baru itu juga mampu untuk memberikan pelajaran kepada masyarakat tentang perkara baik walaupun tidak semua boleh memahami nilai sebenar seorang manusia itu.
Seseorang
yang tahu membuat penilaian itu hanyalah dari mereka yang terdidik dari
keluarga yang baik.
Dalam media baru ini kita dapat belajar bermacam-macam perkara. Pengalaman saya selama beberapa tahun ini membuatkan kita lebih memahami manusia.
Dalam media baru ini kita dapat belajar bermacam-macam perkara. Pengalaman saya selama beberapa tahun ini membuatkan kita lebih memahami manusia.
Kita sudah boleh memahami yang
sesiapa yang jiwanya kotor dan gundah gulana tanpa ketenangan akan
dipaparkan oleh mereka sendiri melalui penulisan dan komen mereka
terhadap sesuatu isu itu.
Bahasa mereka akan lebih kasar dan tidak akan membahaskan sesuatu isu itu secara terbuka malah mereka terus sahaja melepaskan kata-kata kesat yang tidak selayaknya keluar dari insan yang secantik-cantik kejadian Tuhan itu.
UMNO sememangnya dalam keadaan terdesak sekarang ini.

Sekarang media baru
pula yang mengancam mereka. Bagaimana UMNO boleh bersandar kepada media
arus perdana lagi?
Sudah terbukti media perdana sudah menjadi bahan
sindiran akhir-akhir ini kerana terlalu kerap gagal mempertahankan
kewibawaan mereka di mahkamah.
Utusan misalnya telah terbukti sebagai salah satu punca fitnah dengan kegagalan mereka dalam beberapa saman yang di failkan oleh beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini.
Utusan misalnya telah terbukti sebagai salah satu punca fitnah dengan kegagalan mereka dalam beberapa saman yang di failkan oleh beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini.
Mahkamah telah membuktikan yang media perdana telah
melakukan banyak fitnah yang tidak ada batasnya terhadap pimpinan pihak
alternatif.
Mereka ini (media arus perdana) hanyalah merupakan
‘political bouncers’ untuk mengekang kebenaran dari diketahui umum.
Utusan sahaja terpaksa membayar jutaan ringgit kepada mereka yang telah menjadi mangsa fitnahnya sejak akhir-akhir ini.
Utusan sahaja terpaksa membayar jutaan ringgit kepada mereka yang telah menjadi mangsa fitnahnya sejak akhir-akhir ini.
Itu sahaja sudah cukup
untuk membuktikan bahawa media arus perdana itu merupakan sumber besar
fitnah yang berkeliaran di mana-mana sekarang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.