Followers

Monday, March 25, 2013

KESAL DENGAN PERKASA? - Pengerusi BN Pulau Pinang

 
Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata beliau berasa kesal kerana menghadiri satu perhimpunan yang turut melibatkan kumpulan pendesak hak Melayu PERKASA hari ini.

Teng memberitahu wartawan bahawa beliau tidak akan menghadiri perhimpunan itu sekiranya mengetahui mengenai penglibatkan PERKASA.

“Jika mereka mahu dakwa mereka anjur perhinpunan ini, apa saya boleh buat? Saya sudahpun sampai di sini,” kata Teng ketika ditanya mengenai sebab beliau menghadiri acara tersebut.

“Jika mereka mahu menyelinap masuk, apa saya boleh buat? Saya tidak akan berada di sini jika saya tahu PERKASA adalah sebahagian daripadannya, kata Teng yang juga ketua parti GERAKAN Pulau Pinang.

Teng merupakan antara pemimpin BN yang dilihat hadir di Himpupnan Rakyat Bersatu Pulau Pinang di Padang Kota Lama, anjuran 120 NGO termasuk PERKASA. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.