Oleh : CLARA CHOOI.
KUALA
LUMPUR : Barisan Nasional (BN) dilihat "cuba menampilkan imej mengambil
berat terhadap gejala rasuah" walaupun mengkritik masalah itu tidak
boleh selesai dalam sekelip mata, kata Datuk Seri Najib Razak bersama
temu ramah dengan Financial Times hari ini, berikutan pendedahan video
mengejutkan mengenai skandal pembalakan Sarawak.
Akhbar perniagaan
antarabangsa itu melaporkan perdana menteri enggan mengulas pendedahan
oleh Global Witness ketika temubual tersebut, menjelaskan pihak berkuasa
anti rasuah Malaysia telah menyiasat dakwaan tersebut terhadap Ketua
Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Pelacuran
dan rasuah adalah dua perkara yang membelenggu manusia sejak sekian
lama. Tapi kami sedang menguruskannya. Namun ianya bukanlah sesuatu yang
akan selesai sekelip mata," katanya.
Dalam
artikelnya menjelaskan situasi sengit yang Najib akan hadapi dalam
Pilihan Raya 2013, FT menjelaskan Umno sangat prihatin dalam topik
rasuah, yang digunakan pembangkang sebagai senjata untuk kempen.
Akhbar
perniagaan itu juga menjelaskan pelbagai dakwaan rasuah melibatkan
kontrak kerajaan, dan Malaysia berkendudukan ke-54 daripada 176 negara
berdasarkan kaji selidik indeks persepsi rasuah Transparency
International Malaysia's (TI-M) 2012.
Najib
dilihat mencuba sedaya upaya bagi merubah negara termasuk membasmi
rasuah, namun beberapa siri pendedahan rasuah melibatkan pentadbiran dan
pemimpinnya berterusan berlaku.
Dalam
pendedahan terbaru kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di London,
Global Witness, menjadikan Taib perhatian dalam video melibatkan
penyiasatan terhadap skandal balak rasuah.
Video
bertajuk "Inside Malaysia's Shadow State", menunjukkan rundingan oleh
penyiasat GW dengan sepupu Taib dan beberapa orang tengah untuk membeli
beberapa ribu hektar tanah hutan, yang mana kumpulan itu mendakwa
menjadi kawasan petempatan ribuan masyarakay pribumi.
Taib
bagaimanapun menafikan penglibatannya dan kerajaan yang dipimpinnya,
malah kerajaannya juga telah memulakan inisiatif sendiri bagi menyiasat
sama ada video itu adalah cubaan pembangkang untuk menjatuhkan
kredibilitinya dalam PRU13.
FT
berkata, pasukan Najib berkemungkinan tewas oleh Pakatan Rakyat (PR),
perikatan antara pembangkang, PKR, DAP dan PAS yang semakin kukuh sejak
lima tahun lalu.
PR telah menerima kemenangan pada Pilihan Raya pada Mac 2008 apabila merampas majoriti dua pertiga Parlimen dan lima negeri.
Sekiranya
Najib hanya beroleh kemenangan tipis dalam pilihan raya akan datang,
perdana menteri keenam itu juga akan menerima cabaran daripada kalangan
pemimpin Umno sendiri.
Namun
Najin dilihat mengetahui perkara itu ketika temuramah berkenaan dan
menjelaskan beliau turut terlibat dalam risiko berkenaan apabila
mengubah perlembagaan Umno bagi memudahkan kepimpinan dicabar.
"Saya
menjadikan Umno lebih demokratik, lebih inklusif. Sudah tentu saya
meletakkan diri saya dalam risiko. Namun saya percaya apa yang kami
lakukan baik untuk negara dan parti, katanya.
FT
turut dilaporkan berkata, Najib mempunyai kelebihan berbanding
pesaingnya yang mana telah memacu prestasi ekonomi Malaysia tahun lalu
yang disifatkan Tabung Kewangan Dunia (IMF) "melepasi jangkaan."
Akhbar
itu turut menjelaskan ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus, dipacu
permintaan dalam negara yang tinggi dan eksport komoditi seperti gas dan
minyak.
Memetik
HSBC, FT menjelaskan keyakinan pelabur asing terhadap reformasi Najib
yang menyaksikan pegangan asing dalam bon kerajaan Malaysia mencecah 550
peratus atau RM215 bilion sejak 2009.
Namun
akhbar itu turut menjelaskan kebimbangan berkenaan hutang kerajaan
berbanding GDP sekitar 51 peratus, dan pendapatan kerajaan agak lemah.
Merujuk
perkara itu, Najib berkata, kerajaannya sedang melihat perkara
berkaitan cukai, menjadi petunjuk kemungkinan selesai pilihan raya,
cukai barangan dan perkhidmatan akan diperkenalkan selepas menimbulkan
kemarahan orang ramai.
"Saya
akan melihat kepada struktur cukai, terutamanya, kerana kita perlu
perbesarkan pendapatan. Kerajaan melihat pendapatan perlu diberikan
dasar yang kukuh," katanya. (TMI)
Sabahkini.
|
Followers
Thursday, March 28, 2013
KES TAIB : NAJIB SERAH KEPADA SPRM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.