Followers

Wednesday, March 6, 2013

Kematian anggota keselamatan tu termasuk dalam skrip "Episod Lahad Datu"?


Puak-puak penchachai kaki rasuah bukan peduli kot kalau takat satu dua nyawa melayang, yang penting depa boleh pastikan Umno BN kekal berkuasa. Tambah-tambah bila Najib sendiri pernah kata akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir...

Bharian melaporkan:

Serangan tiga peringkat bermula dengan pengeboman lokasi pengganas menggunakan tiga pesawat pejuang F-18D Hornet dan lima Hawk Mk-208 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 10 minit bermula jam 7 pagi yang terbang dari pangkalan TUDM di Labuan.

Ia diikuti serangan menggunakan mortar 81mm sebelum menghantar anggota masuk untuk mengesan pengganas.

Serangan peringkat ketiga ialah operasi ‘menggeledah dan membersih’ yang disertai kira-kira 1,000 pegawai dan anggota 21 Grup Gerak Khas, pasukan atur cepat 10 Briged Para serta Komando VAT69 dengan bantuan kereta perisai APC Condor. - Bharian.

ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar

Bukan calang-calang punya operasi rupanya. Pada la kut dengan 7 batallion punya kekuatan. Memang tak patut sangat kalau Tian Chua kata anggota keselamatan yang mati sebelum ni "mati katak". Kematian depa memang sungguh-sungguh dibela.

Memang jelas nampak Umno BN bersungguh-sungguh mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara (atau mungkin itu sebenarnya persepsi yang nak ditanam.)

Juga dilaporkan:

Bagaimanapun, sehingga jam 9 malam tadi, pasukan keselamatan belum mengumumkan bilangan pengganas yang terbunuh atau ditawan. Namun, menurut sumber 20 hingga 30 mayat telah ditemui.

"Operasi menggeledah dan memburu saki baki pengganas masih diteruskan. Saya yakin musuh masih berada di kawasan sasaran kerana polis dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk tembakan yang dilepaskan kumpulan pengganas. - Ibid.

Apa pun, aku cukup yakin operasi membersihkan pengganas tu takkan berjaya, pasainya yang diistilahkan sebagai pengganas yang menceroboh tu adalah 'wagranegara'. Depa cuma perlu tukar baju dan sorok senjata, nak takut apa kalau depa dah ada MyKad?

Keadilandaily melaporkan:

KUALA LUMPUR 6 MAC: Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.

Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata ‘musuh sebenar’ sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa.

“Sekarang mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh Mahathir, diberi IC. - KD.

Apa pun, aku yakin Episod Lahad Datu ni hasil dari skrip olahan penchachai Umno BN yang dah lari dari skrip asal. Aku tak pasti setakat nama skrip tu tapi harapnya kematian beberapa orang anggota keselamatan tu tak masuk dalam skrip asal.

Tapi, bila difikirkan balik, tak mustahil jugak kematian anggota keselamatan tu pun termasuk dalam skrip asal. Puak-puak penchachai kaki rasuah bukan peduli kot kalau takat satu dua nyawa melayang, yang penting depa boleh pastikan Umno BN kekal berkuasa.

Tambah-tambah bila Najib sendiri pernah kata akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir...

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"


Cenangau Daunkari

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.