Hukum Lelaki Memakai Rantai dan Gelang
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata:
“Dan
daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk
dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua
jantina).”
a)
Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia
merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka.
Ini adalah hukum yang
disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk
memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.
b)
Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan
perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan
hajat dengan syarat:
i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.
iii.
Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut
boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh
menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan
aqidah.
iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
v.
Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah
terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan
yang berkesan dalam merawat penyakit.
Walau
bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah
mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa
terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi
piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara
tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.
c)
Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang
disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi
lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.
p/s: sendiri mau ingat laaa!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.