Anwar ketika menyampaikan ucapan pada sambutan ulang tahun ke-5
pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, malam kelmarin.
GEORGETOWN -
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih
kepada Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari atas pendedahan yang
dibuatnya semalam bahawa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak
tertentu yang mendalangi kes liwat kedua melibatkannya.
Anwar berkata,
pendedahan yang dibuat Azlan itu menguatkan lagi bukti konspirasi fitnah
jahat yang dilakukan untuk memenjarakannya.
“Dari awal lagi saya tidak bersalah dan mahkamah juga telah putuskan…jadi kenyataan ayahnya (Azlan) itu telah membongkar satu lagi sudut yang kita terangkan sebelum ini walaupun ia tidak dibawa ke mahkamah seterusnya iaitu penglibatan pegawai khas perdana menteri,” katanya kepada media ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-5 pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang diadakan di Padang Kota Lama, malam kelmarin.
Sementara itu di di KOTA BHARU, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap tuduhan liwat yang dihadapi Anwar akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.
“Pendustaan satu masa dulu akan terbongkar, menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).
Alhamdulillah, semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini, dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya,” kata Menteri Besar Kelantan itu kepada media selepas menghadiri majlis bersama veteran Pas di Jalan Dato Lundang, pagi semalam.
Nik Aziz berkata, kini sudah jelas Anwar menerima kifarah di dunia lagi dan mengharapkan Ketua Pembangkang itu akan bebas daripada tuduhan serta menerima pembalasan yang baik di akhirat kelak. ~sinar harian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.