Saya
tidak pernah hairan jika ada pihak yang sanggup menghina Tuan Guru Nik
Aziz dengan pelbagai penghinaan, menggelarkan beliau dengan pelbagai
gelaran yang tidak sepatutnya, memfitnah beliau dengan fitnah yang
dahsyat, memutarbelitkan kenyataan
beliau bertentangan dengan apa yang beliau maksudkan, dan pelbagai
taktik kotor yang digunakan pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah dan
kredibiliti beliau sebagai pemimpin yang juga ulamak kesayangan seluruh
rakyat Kelantan.
Mengapa saya tidak hairan? kerana sejak zaman sebelum Nabi Muhammad lagi, para Nabi yang membawa syiar Islam dan cuba mengajak kepada kebaikan, kebanyakan mereka melalui perkara2 tersebut sehinggalah kepada Nabi Muhammad, dan selepas kewafatan (kematian) Nabi Muhammad, para sahabat baginda dan sehinggalah diwarisi oleh ulamak ketika itu hingga sekarang dan mungkin hingga kiamat, para ulamak akan terus diuji dengan pelbagai ujian.
Dalam Al Quran, Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 214, maksudnya
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul
dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan
Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
Dalam Surah Al 'Ankabuut ayat 2-3, maksudnya,
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Dalam Surah Muhammad ayat 31, maksudnya,
"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu."

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.