KUALA TERENGGANU - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyatakan pendirian mereka yang
menyokong penuh dua agenda Pakatan Rakyat (PR).
Dua agenda itu ialah pemberian semula
hak royalti kepada rakyat Terengganu daripada lima kepada 20 peratus dan
juga tawaran 10 perkara dalam manifesto PR.
Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar
berkata, 20 peratus royalti yang diperjuangkan itu merupakan hak sebenar
yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan seluruh rakyat
Terengganu.
“Pemberian semula hak royalti kepada
rakyat negeri Terengganu daripada lima kepada 20 peratus adalah hak
rakyat. Dengan royalti tersebut, tiada masalah untuk tujuan pendidikan
dan juga melaksanakan 10 perkara yang ditawarkan manifesto PR.
“Kemudahan (royalti) akan digunakan untuk ekonomi rakyat Terengganu khususnya untuk anak muda,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media semasa berkunjung ke Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di sini, semalam.
Sementara itu, Pengerusi SMM, Safwan
Anang juga melahirkan rasa terkilannya terhadap kerajaan yang memerintah
sekarang yang disifatkan tidak memperjuangkan royalti yang sememangnya
menjadi hak Terengganu.
“Jika BN betul ingin membela rakyat,
sepatutnya isu royalti ini diperjuangkan juga. Kenapa tiba-tiba royalti
dihentikan apabila bertukar pemerintah (1999). Perkara itu merupakan
halangan, kezaliman kepada rakyat Terengganu untuk mendapat hak mereka
semula.
“Kami (juga) berasakan sekarang ini PR
mendahului tawaran kepada anak muda. Kita juga menantikan (tawaran)
daripada BN Terengganu sebagai pemerintah, namun secara jelas, PR
mendahului BN,” katanya.
Menurutnya, sebagai golongan muda dan
merupakan anak jati Terengganu, dia berasa bertanggungjawab untuk
sama-sama memperjuangkan hak tersebut.
Safwan turut menolak pandangan pihak
yang menyatakan tawaran diberikan PR sebagai satu yang tidak realistik
dan merupakan omongan kosong.
“Kalau royalti dapat dipulangkan
kembali, segala agenda dapat laksanakan. Sebab pelik, kerajaan negeri
seolah-olah meredhakan perkara itu dengan masih menyebut sebagai wang
ihsan.
“Sepatutnya (kerajaan negeri) berusaha bersama-sama untuk dapatkan kembali hak rakyat,” katanya.
Sinar harian/-
CINA ISLAM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.