Malam
kelmarin (19hb Mac 2013), satu ceramah anjuran JATI di Bersebelahan
Sukaramai Seafood, Batu Belah Klang, Selangor telah diadakan. Bak kata
Blogger Omak Kau, kali ini lori ikan tidak digunakan...rosak kot!!
Tajuk
ceramah " Lahad Datu - Siapa Pengkhianat dan Dalang". Biarpun pemimpin
Umno selalu sebut jangan politikkan isu Lahad Datu, tapi siapa peduli?
Tentulah
penceramah utama malam itu Hassan Jati iaitu orang yang telah ditendang
keluar dari PAS akibat meroyan tidak tentu pasal salahkan parti bila
jawatan dan kedudukan di dalam parti diambil orang. Sekor lagi yang
berceramah malam itu bekas orang kuat KEADILAN, Senatak (Senator Katak)
Ezam sesumpah, sekor lagi yang menjual maruahnya melutut kepada pemimpin
Umno akibat sesak hidup seperti yang pernah didedahkan oleh Syed Husin
Ali, bekas Timbalan Presiden KEADILAN sendiri.
Baru-baru
ini pertubuhan yang bernama 'BERSATU' telah diwujudkan di mana
menggabungkan JATI, PERKASA, Waris Malaya dan beberapa pertubuhan cicak
mengkarung belaan Umno. Kumpullah banyak mana pun pertubuhan cicak
mengkarung ini namun rakyat sudah tahu tujuan BERSATU.
Sepatutnya
setelah Anwar dilabelkan sebagai kaki seks, ejen negara asing, ejen
Yahudi dan kini dalang Lahad Datu, tentulah program malam itu anjuran
JATI ini mendapat sambutan hangat paling kurang 500 orang para-para
pencacai yang hadir mendengar. Tetapi lihat sahaja lah berapa ramai
manusia yang hadir dan beraba banyak 'Syaitan yang dikenali' (ghaib)
berada di kerusi kosong?
Kadangkala
kesihan melihat Hassan Jati dengan Ezam sesumpah ini. Jika dahulu
sewaktu mereka berdua berada bersama rakyat menentang kezaliman, setiap
program mereka akan dihadiri tidak kurang dari 1000 orang. Malangnya,
setelah bersekongkol dengan pihak yang zalim dan perompak hak rakyat,
ini lah balasan yang mereka perolehi. Mungkin mereka tidak perlu lagi
kehadiran ramai orang untuk mendengar ceramah mereka kerana jika tiada
orang pun poket mereka tetap 'berisi'.
Begitulah
keadaannya bila kita berada bersama kumpulan zalim. Di dunia lagi
telah dihinakan. Sebaliknya, semakin kuat fitnah ke atas Anwar, lihat
sahaja program beliau sentiasa mengundang kehadiran tidak pernah kurang
dari 5000 orang walaupun hanya sekadar program minum petang (Hi Tea)
sahaja. Ertinya, fitnah bukan budaya bagi rakyat yang bertamaddun.
Rakyat mahu mendengar hujah dan fakta berkaitan dasar-dasar negara dan
bukan cerita-cerita lucah.
Ehsan Foto: Blogger Omak Kau
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.