Followers

Sunday, March 31, 2013

Culaan Terkini Yang "Menakutkan" Zaid Hamidi Di Bagan Datuk..

 
BAGAN DATOH: PAS kawasan Bagan Datoh berkeyakinan dgn peningkatan sokongan pengundi bukan Melayu sebanyak 60 hingga 70 peratus akan memastikan Pakatan Rakyat dapat menawan kerusi Parlimen Bagan Datoh( yg dsandang dato Zahid Hamidi) dan juga kedua-dua Dun iaitu Hutan Melintang dan Rungkup.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, ust Misbahul Munir Masduki ketika ditemui memberitahu bukan sahaja peningkatan sokongan yg diberikan oleh kaum Cina tetapi sokongan turut diberikan oleh kaum India.
...
"Sokongan rakyat begitu baik sekali terutamanya pengundi bukan Melayu dari kaum Cina, kalau 2008 kita hanya mendapat sokongan 20 hingga 30 peratus tetapi sekarang telah melonjak sehingga 60 hingga 70 peratus dan ini sangat membanggakan dan memeningkan umno/BN

"Masyarakat India begitu juga, saya yakin dlm pilihanraya akan datang selain kerusi parlimen kita akan dapat mengambil kedua-dua kerusi yang ada di dalam Perliman Bagan Datoh," kata beliau kepada Harakahdaily sewaktu program jelajah Negara Berkebajikan di parlimen tersebut.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.