Seperti yang dijangka, pengakuan yang dibuat oleh bapa Saiful Bukhari
semalam bahawa anaknya Saiful dipergunakan oleh pihak tertentu terhadap
isu fitnah liwat 2 menyebabkan beberapa blogger UMNO/BN kepanasan.
Mereka menafikan dakwaan bapa Saiful tersebut, malah menuduh bahawa
Azlan Mohd Lazim telah ditawarkan wang tunai dengan syarat beliau perlu
meminta maaf kepada Anwar Ibrahim terlebih dahulu kemudian akan diarak
ke pentas pakatan rakyat bagi membuat kenyataan palsu berkenaan kes
Liwat?.
Malah bagi menguatkan lagi dakwaan mereka, seperti biasa sekeping gambar disebarkan di internet sekeping memperlihatkan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bertemu dengan Anwar Ibrahim.
Malah bagi menguatkan lagi dakwaan mereka, seperti biasa sekeping gambar disebarkan di internet sekeping memperlihatkan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bertemu dengan Anwar Ibrahim.
Mereka turut mendakwa
pertemuan itu dipercayai berlaku dalam tempoh dua bulan ini. Mereka
turut menimbulkan soalah-soalan spekulasi seperti;
Mengapa Azlan bertemu Anwar secara senyap dan kemudian muncul pula dakwaan anaknya dipergunakan?
Mohon jawapan dari tuan yang empunya badan. Benarkah ada urusaniaga sedang berlaku pada waktu itu?
Jadi bagi menjawab isu gambar yang tersebar ini, perkara pertama selepas aku lihat gambar ini ialah aku gelak besar!!.

Sebab apa, kerana gambar ini aku dah lihat sejak isu fitnah liwat 2 ini mula timbul. Atau lebih tepat lagi sebenarnya gambar ini adalah 'captured' daripada sebuah rakaman video yang dimuat naik sendiri oleh Saiful Bukhari ke dalam akaun YouTube miliknya sendiri.
Menurut tajuk rakaman video ini (seperti yang ditulis sendiri oleh Saiful Bukhari) ialah 'Anwar dan Bapa 8/6//2008'
dan telah diupload ke dalam akaun YouTube milik Saiful Bukhari pada 19
April 2009. (Lihat rakaman video tersebut di bawah sebelum dibuang oleh
Saiful Bukhari)
Jadi bagaimana sebuah video yang diambil sekitar 2008 ini dikatakan adalah gambar pertemuan Anwar dan bapa Saiful sekitar dua bulan ini.
Jadi bagaimana sebuah video yang diambil sekitar 2008 ini dikatakan adalah gambar pertemuan Anwar dan bapa Saiful sekitar dua bulan ini.
Semua orang tahu Saiful Bukhari merupakan pekerja di pejabat Anwar
sebelum membuat tuduhan fitnah liwat 2 ke atas bosnya itu. Tidak menjadi
suatu yang pelik jika bapa Saiful sendiri bergambar dengan Anwar
Ibrahim sekitar 2008.
Jadi ucapan aku kepada blogger dan cybertrooper BN, cuba lagi dengan gambar lain bagi menguatkan tuduhan anda bahawa Anwar Ibrahim memang benar ada mengadakan pertemuan dengan bapa Saiful.
Jadi ucapan aku kepada blogger dan cybertrooper BN, cuba lagi dengan gambar lain bagi menguatkan tuduhan anda bahawa Anwar Ibrahim memang benar ada mengadakan pertemuan dengan bapa Saiful.
Selamat berjaya!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.