Followers

Friday, March 29, 2013

Cabaran Diterima : Guan Eng bersedia berhadapan dengan Teng di Padang Kota Guan Eng:

Cabaran Diterima : Guan Eng bersedia berhadapan dengan Teng di Padang Kota

Guan Eng: Mahu mencadangkan Teng dimana pengerusi BN Pulau Pinang menjadi ADUN selama tiga penggal..

GEORGE TOWN, 28 Mac — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menerima cabaran Teng Chang Yeow untuk berhadapan dan sebaliknya mencabar pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang untuk bertarung di kerusi Padang Kota.

Padang Kota adalah bekas kerusi Teng dimana beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama tiga penggal sebelum kalah kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada 2008 dengan majoriti 1661 undi.

“Saya mahu mencadangkan Teng kembali ke bekas kawasannya di Padang Kota dimana beliau pernah menjadi ADUN selama tiga penggal dan saya akan berhadapan dengannya di sana,” kata Lim.
Teng: Enggan memberi komen.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Chow tidak mempunyai bantahan untuk menukar kerusi dengan beliau dengan pergi ke Ayer Putih, kerusi Lim dan membenarkan Lim untuk berhadapan dengan Teng di Padang Kota.

“Teng pernah berkata kita harus bertanding ditempat mana kita kalah jadi sekarang, saya menggunakan ayatnya untuk menyahut cabaran yang beliau buat melalui media,” katanya.

Dalam wawancara bersama sebuah portal berita, Teng mengatakan beliau sanggup melawan Lim dalam pilihan raya akan datang yang mesti diadakan sebelum 28 Jun.

Telah heboh diperkatakan Teng merancang untuk bertanding di kerusi Bukit Tengah untuk melawan calon kurang popular dari PKR Ong Chin Wen.

Lim mengatakan beliau tidak pernah mencabar sesiapa dan sekarang Teng yang mengeluarkan cabaran dan beliau hanya menyahut cabaran itu.

“Kita bertindak munasabah kerana kita akan bertanding di kerusi lamanya jadi beliau boleh pulang ke tempat beliau bermula,” katanya.

Apabila dihubungi, Teng enggan memberi komen tetapi mengatakan beliau akan menjelaskan pendiriannya dalam sidang akhbar esok.

Cabaran Diterima : Guan Eng bersedia berhadapan dengan Teng di Padang Kota.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.