Meneliti keluhan rakyat, nampaknya pihak polis tidak berminat mengambil tindakan terhadap samseng upahan UMNO malah tidak ada kenyataan apa pun dari polis berkaitan kerja gila para semseng ini terhadap PR.
IGP baru saja melenting apabila ditanya wartawan berkenaan kenyataan bekas KM Sabah yang mendakwa polis memusnahkan IC milik rakyat keturunan Suluk yang menetap di Sabah.
IGP boleh melenting dengan dakwaan ini tetapi tiada ulasan berkenaan tindakan samseng yang merusuh di depan pejabat PKR yang terletak bersebelahan dengan balai polis.
Polis cuma bertindak tegas dengan rakyat yang berkumpul menuntut pilihanraya yang adil, bersih serta bantahan bantahan lain yang ada kaitan dengan PR.
Dasar pilihkasih yang menyerlahkan penguasaan UMNO terhadap polis.
IGP juga tidak berkata apa mengenai sikap pemimpin tertinggi negara yang menyerahkan mandat kepadanya untuk menyelesaikan pencerobohan Sulu sedangkan mandat yang diberi itu terlalu berat dan tidak mampu dipikul oleh IGP yang akhirnya menyebabkan dua wira negara gugur tak pasal pasal! IGP patut sekali menyerahkan nota bantahan terhadap PM yang tidak bertanggungjawab terhadap pasukan keselamatan.
IGP juga patut sedar bagaimana UMNO menggunakan pasukan polis untuk menidakkan hak rakyat untuk berhimpun serta menyatakan bantahan kepada mana mana aspek yang tidak adil serta harus menghormati hak rakyat untuk mengkritik kerajaan yang dipilih secara majoriti.
Polis tidak seharusnya digunakan untuk mengambil tindakan terhadap mana mana individu yang mengkritik kerajaan atas alasan menghina pasukan keselamatan.
Sebagai pembayar cukai, setiap warga negara harus dijaga keselamatan mereka oleh polis.
IGP tidak perlu tunggu sehingga pencen baru nak komplain kepada kerajaan, lakukan sekarang sebagai tanda prihatin kepada rakyat.Kalau tidak, samseng samseng ini boleh naik toncang seperti penceroboh Sulu yang sebelum ini dilayan dengan istimewa oleh UMNO.
Kalau samseng samseng upahan UMNO tidak boleh dikawal, mereka boleh menyerang siapa saja bukan setakat PR terutama apabila mulut mereka tidak lagi disuap oleh UMNO.
Kemungkinan samseng samseng ini menyerang balai polis juga besar kalau tidak dikawal sekarang.Samseng samseng ini perangainya macam beruk, yang tidak boleh lapar, kalau lapar mereka akan berbuat apa saja.
Jadi pasukan polis tidak harus mengambil risiko yang membahayakan keseluruhan rakyat, bertindak sekarang, ambil tindakan sekarang, jangan tunggu mereka menyerang balai polis baru hendak bertindak!
Bebaskan pasukan polis dari pengaruh politik UMNO!
-tranungkite-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.