PULAU PINANG 9 Mac: Pengakuan bapa kepada Saiful Bukhari Azlan bahawa
kes Fitnah II merupakan konspirasi politik bukti kebenaran akhirnya
terserlah jua, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pengakuan Azlan Lazim yang
antara lain mendedahkan kes berkenaan dirancang pegawai khas perdana
menteri.
Malah, Azlan turut memohon maaf kepada Anwar dan menyatakan fitnah
tersebut menyebabkan ketua umum KEADILAN itu dan keluarga menanggung
derita.
“Penafian di buat oleh Azlan tersebut sama sepertimana penafian saya
sebelum ini, bahawa saya tidak bersalah dan tidak terbabit dalam dakwaan
yang berbentuk konspirasi tersebut.
“Allah Maha Besar. Ia akan membuktikan kebenaran kepada mereka yang tidak bersalah dan dizalimi,” jelas Anwar.
Anwar berkata demikian ketika ditemui media selepas berucap di hadapan
lebih 10,000 hadirin yang membanjiri Padang Kota Lama, Esplanade, Pulau
Pinang sempena ulang tahun ke 5 pemerintahan Pakatan Rakyat semalam.
Terdahulu dalam ucapannya, Anwar membidas perdana menteri dan media
kawalannya kerana mengaitkan beliau dengan insiden serangan di Lahad
Datu, Sabah.
Katanya Umno BN memainkan isu lagu yang sering dinyanyikan ‘Tanya sama
Najib’ ketika ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, dengan tragedi berkenaan.
“Saya menyanyikan lagu ini sejak enam bulan yang lalu. Maksud saya ialah Sabah tidak akan hilang dari Malaysia.
“Sebaliknya Umno dan BN akan hilang dari Sabah dalam pilihan raya umum yang akan datang.
“Takut dengan kebangkitan rakyat, Umno dan BN terus menipu dengan
mengaitkan serangan penceroboh di Lahad Datu sebagai ungkapan lagu
tersebut,” tambahnya disambut sorakan gemuruh hadirin.
Hadir sama dalam himpunan tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1 , Datuk Mansor Othman, Timbalan
Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang,
Datuk Mohd Salleh Man. – RM
BATU VS KAYU
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.