Followers

Wednesday, February 6, 2013

UMNO Sudah 56 Tahun Tapi Takut Kepada Parti Setahun Jagung ?

Markas PKR, PAS di Rembau diceroboh, bendera diturunkan

6 Feb 2013 – Ahli PKR kesal dan kecewa apabila pihak tidak bertanggungjawab bertindak menurunkan bendera Pakatan Rakyat (PR) di sekitar Durian Daun dan sekitarnya bagi acara rasmi kerajaan, kelmarin

Ahlinya, Ramly Jalon, 69, berkata, dia kecewa kerana bendera PR di sepanjang jalan dari persimpangan Kampung Kundur ke Pilin diturunkan sekitar 9 pagi.


Ramly yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Durian Daun berkata, lebih mengecewakan lagi apabila bendera PR yang terletak di markas PKR juga diturunkan sesuka hati.

"Kita tidak tahu motif sebenar pihak berkenaan menurunkan puluhan bendera PR ini tetapi kita yakin pihak berkenaan tidak mahu bendera PR ini kelihatan semasa acara rasmi pihak kerajaan berlangsung di kampung ini, selain mahu menyatakan kawasan ini tiada pembangkang.

“Malah, apa yang kita kesalkan ialah, bendera di tanah persendirian iaitu di markas PR juga diturunkan dan ini jelas menunjukkan pihak berkenaan sesuka hati mencemarkan amalan demokrasi di negara ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Markas PKR, dekat sini, petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua PKR Ranting Pilin, Mohd Daud Manas berkata, dia kecewa kerana PR tidak pernah mengambil tindakan menurunkan bendera mana-mana pihak sekiranya ingin menganjurkan sebarang program di lokasi berkenaan.

“Nasib baiklah batang buluh yang digunakan untuk mengibarkan bendera di markas ini diletakkan dengan baik tidak seperti bendera di tepi jalan yang diturunkan dan dibuang ke dalam semak.

“Kita sangat kesal dan tidak berpuas hati dengan insiden ini. Malah, kita harap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan tidak mengulangi lagi amalan berat sebelah seperti ini," katanya.

- sinarharian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.