Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat menghubungi Bilik Berita Harakah
memberitahu, Perdana Menteri Najib Tun Razak akan umumkan pembubaran
Parlimen paling cepat esok, 22 Februari bersamaan hari Jumaat.
Ini sama
seperti SMS yang disebarkan sahabat saya, Dato' Tamrin Tun Ghafar
sebulan yang lalu. SMS berdasarkan sumber daripada bekas Timbalan
Menteri Kesihatan, Dato' Dr Sulaiman Mohamed.
Itu bukan soalnya. Ahli parlimen berkenaan juga memberitahu, jika bukan esok, Jumaat, kemungkinan besar pada hari Isnin, 25 Februari 2013 ini.
Apakah yang membuatkan Najib memilih
tarikh-tarikh ini, hanya beliau sahaja yag tahu.
Kata MP itu, maklumat ini diberitahu sendiri oleh seorang menteri kabinet sebentar tadi kepada beliau.
Apa macam? Are you ready for PRU13? Are you ready to Putrajaya?
~sanggah tok sago

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.