Kekecohan
telah berkaku di kalangan pemimpin Umno Sabah dengan pesaing politik
Zuhairie DaEngine disyaki membongkar semula skandal seks melibatkan
pelakon jelita Zahida Rafik untuk memalukan menteri persekutuan bahagian
pembangunan luar bandar dan wilayah.
"Kami
terkejut mendengar bahawa SPRM telah akhirnya bersetuju untuk menyiasat
tuduhan pemandu Zahida. Mengapa sekarang?" soal Zuraida Kamaruddin, Ahli
Parlimen Ampang dari PKR, yang telah mendedahkan skandal itu tahun
lepas.
"Dulu,
kita telah membuat begitu banyak laporan tetapi ia telah diabaikan dan
disapu di bawah permaidani oleh pihak berkuasa, jadi persoalannya -
kenapa sekarang? Siapakah begitu berkuasa di sebalik keputusan mengejut
SPRM untuk mengambil tindakan? Siapakah yang begitu kuat sehinggakan
SPRM bertindak balas begitu cepat dengan secara tiba-tiba. "
Ahli
parlimen pembangkang telah merujuk kepada berita bahawa pemandu Zahida,
Noor Azman Azemi, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia untuk memberi kenyataannya berikutan skandal itu hari ini.
RM1.5 juta dalam 4 bulan, perkahwinan di London & sebuah banglo RM3 juta di Ampang
Tahun
lepas, Azman telah membuat laporan polis bahawa Zuhairie telah mengupah
dirinya sebagai pemandu untuk Zahida, dan juga mendedahkan bahawa
menteri dan pelakon muda itu telah mengadakan hubungan intim selama 3
tahun.
Lebih
mengejutkan, Azman mendedahkan bahawa Zuhairie dalam tempoh 4 bulan
menyuruhnya untuk mendepositkan wang bernilai lebih kurang RM1.5 juta ke
dalam akaun bank Zahida. Berita itu telah mencetuskan kemarahan rakyat
dan kebimbangan rasuah kerana wang sejumlah itu melampaui pendapatan
Zuhairie sebagai Menteri Kabinet.
Walaupun
Azman telah memberikan beberapa bukti dalam bentuk dokumen, polis dan
SPRM tidak mempedulikan laporan itu manakala Zahida menuduhnya cuba
untuk mencemarkan reputasi dirinya kerana dia telah dipecat kerana
melarikan diri dengan RM200, 000 daripada jumlah wang itu. Kedua-dua
Zahida dan Zuhairie telah menafikan mempunyai apa-apa hubungan.
Walau
bagaimanapun, spekulasi tidak berhenti disitu sahaja dan Zuhairie telah
dituduh berkahwin dengan Zahida di London sebagai isteri keduanya
(poligami dibenarkan di bawah undang-undang Islam) dan juga membeli
sebuah banglo mewah di Ampang bernilai lebih kurang RM3 juta.
Semua mata kini tertumpu pada apa yang disoal SPRM pada Azman, dan jika dia mempunyai pendedahan-pendedahan baru untuk dibuat.
Menyukarkan Najib menempatkan Zuhairie di kerusi DUN?
Selain dari skandal seks, terdapat juga persaingan sengit kerana hubungan Zuhairie di Sabah.
Semua
tahu bahawa dia merupakan kesayangan Perdana Menteri Najib Razak, yang
mahu Zuhairie mengambil alih sebagai menteri ketua negeri dan adalah
dipercayai sedang memikirkan dia sebagai calon di kerusi Negeri untuk
menggantikan Musa Aman, menteri ketua semasa .
Musa
Aman telah didakwa terlibat dalam rasuah secara besar-besaran dan
kebimbangan semakin meningkat bahawa keadaan dirinya yang tidak popular
akan merugikan parti Najib, BN untuk memerintah kerajaan negeri.
Bagi
pemerhati politik, ia bukanlah kebetulan bahawa Musa menjadi perhatian
dan dijadikan seperti penjahat dalam penyiasatan Suruhanjaya Diraja
dalam kes penipuan kewarganegaraan untuk undi.
Musa
telah dipersalahkan kerana tidak menghalang kerajaan persekutuan yang
diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad daripada memberi
kerakyatan kepada beratus-ratus ribu pekerja haram pada tahun 1990-an,
kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia, dalam pertukaran atas
persetujuan mereka mengundi BN dalam pilihan raya.
Ada ubi ada batas
Pembocoran
berita misteri bahawa penyangak nombor satu Filipina, yang mendakwa
Manuel Karingal Amalilio merupakan anak saudara Musa juga telah
menggemparkan rakyat Sabah, mencetuskan satu lagi rantaian spekulasi
bahawa ini adalah serangan terbaru terhadap Musa daripada
pesaing-pesaingnya dalam Umno seperti Zuhairie.
"Ia kelihatan seperti perbalahan dalaman benar-benar sedang panas dan ada ubi ada batas akan menjadi nama permainan kerana
setiap
seorang cuba mendapatkan kelebihan. Kita sekarang ada isu Manuel dan
Musa untuk disembunyikan. Sekarang, Zuhairie mendapat balasan dengan
pembongkaran semula skandal Zahida," bekas pemimpin Umno Sabah berkata
kepada Malaysia Chronicle.
Manuel
dipercayai sedang bersembunyi di Sabah dan menyamar menggunakan nama
Mohammad Sufian Said untuk bergerak kesegenap pelusuk negeri.
"Ini
bukan isu kecil kerana dia dikatakan telah menipu lebih 15,000 orang
sejumlah 12 bilion peso atau kira-kira RM900 juta! Musa mesti
membersihkan namanya daripada dakwaan ini," Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim berkata dalam satu kenyataan.
Anwar
telah membuat komen selepas Setiausaha dalam Negara Filipina Mar Roxas
menuduh Musa menyekat penghantaran pulang Manuel ke Filipina.
"Ini
begitu mengejutkan dan kami menuntut penjelasan lanjut," kata Anwar
dalam menyeru pemimpin di Malaysia itu untuk membersihkan nama dari
dakwaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.