PAHANG 9 FEBRUARI: Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Ketua Umum
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri kelahiran Datuk Seri Najib
Razak, sekali lagi diganggu kumpulan samseng.
Rombongan yang dalam perjalanan ke tapak ceramah di Felda Bukit
Kuantan, Pahang dihalang empat treler dan beberapa kereta yang
merentangi jalan raya.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Bendahari Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pahang, Wan Mohd Zulkifly, berkata kejadian berlaku sekitar jam 5 petang.
“Sekumpulan
70 samseng kemudian mengepung enam kenderaan kami. Lokasi kejadian
hanya kira-kira satu kilometer dari lokasi ceramah.
“Hanya selepas 30 minit, tiga kenderaan termasuk satu yang membawa
Anwar dapat lolos dengan bantuan beberapa penduduk kampung berdekatan.
“Alhamdullilah, tiada kejadian tidak diingini berlaku,” kata Penyelaras Jelajah Merdeka Rakyat Pahang itu.KD
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.