KUALA LUMPUR: Parlimen mesti dibubarkan pada minggu ini sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan pada Mac depan.
Sumber
berkata, PRU-13 mungkin diadakan pada bulan April walaupun Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat gigih untuk memastikan
segalanya diselesaikan pada hujung Mac.
Sumber
ahli parti berkata, tiga perkara penting yang sedang dilaksanakan dan
memerlukan masa seminggu atau dua minggu untuk diselesaikan sebelum
Najib boleh bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan
untuk membubarkan Parlimen.
Beliau
mengenal pasti tiga perkara yang belum selesai seperti manifesto
Barisan Nasional (BN), senarai calon dan persiapan menyeluruh parti itu.
Difahamkan
terdapat beberapa manifesto BN pada pilihan raya kali ini iaitu yang
utama bagi negara, satu untuk wanita dan lain-lain untuk golongan muda.
Beberapa
negeri penting yang cuba dirampas semula oleh BN turut mempunyai kertas
kerja tersendiri yang masih menunggu kelulusan dari Najib.
Bagi
senarai calon, Najib menghadapi kesukaran untuk melantik calon Menteri
Besar untuk Kedah dan Selangor yang cuba dirampas semula BN.
"Tanpa
nama calon MB yang dicadangkan sebelum pilihan raya, Najib akan
berdepan kesukaran untuk meyakinkan pengundi bahawa BN serius untuk
menawan kembali negeri itu," kata sumber lagi.
Ibu
Pejabat BN hanya mula mengedarkan sepanduk, bunting, beberapa komputer
dan peralatan sokongan lain pada minggu ini dan ia mengambil masa selama
seminggu untuk diserahkan ke peringkat akar umbi.
Dua hari lalu, Najib berada di Singapura untuk menarik minat pelabur utama ke Johor.
Beliau akan berlepas ke Sarawak pada Rabu hingga Jumaat ini.
Pada Sabtu, beliau akan berada di Kuala Terengganu sebelum berkunjung ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan keesokan harinya.
Najib
dijadualkan bertemu rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand,
Yingluck Shinawatra di Putrajaya untuk membincangkan mengenai rancangan
persempadanan bersama pada 28 Februari ini.
Ini
bermaksud ia merupakan tempoh terakhir untuk Najib mengkaji semula isu
penting iaitu pada minggu depan, menyebabkan beliau hanya memiliki
minggu pertama Mac untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menegaskan pihaknya akan mengambil masa
sekurang-kurangnya empat minggu untuk mengadakan pilihan raya dan hanya
SPR yang boleh menentukan tarikh untuk penamaan calon dan mengundi.
Pada
kali ini seperti dijanjikan, tempoh berkempen akan berlangsung
sekurang-kurangnya 10 hari dan beberapa laporan menyebut, ia mungkin
dilanjutkan sehingga 14 hari terutamanya untuk menyelesaikan undi pos
untuk rakyat Malaysia di luar negara dan pasukan keselamatan.
Beberapa pemimpin BN berkata Najib ingin mengelak untuk mengadakan pilihan raya pada 29 Mac hingga 4 April.
Ini kerana, kata mereka, tarikh tersebut jatuh pada cuti Good Friday (29 Mac) dan Easter (31 Mac) manakala Qing Ming (4 April).
Memandangkan
4 April jatuh pada hari Khamis, kebanyakan pengundi Cina memilih untuk
membersihkan kubur nenek moyang mereka sepanjang hujung minggu iaitu 6
dan 7 April.
Kebanyakan kaum Cina pulang ke kampung halaman dan pilihan raya pada minggu tersebut mungkin tidak mendapat sambutan.
Oleh Wong Sai Wan / MStar
Pencacai SeMalaysia

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.