Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila bekas- bekas
pegawai tinggi tentera kini menyatakan sokongan terbuka terhadap Pakatan
Rakyat.
Ia ternyata memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang
semakin hilang sokongan ketika bahang kempen pilihan raya umum 13 mula
dirasai.
Mereka adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang
juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk
Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid
(Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Keempat-empat mereka semalam memberikan ucapan penuh semangat di hadapan
lebih 3,000 rakyat di Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat, Taman
Rekreasi, Keramat Wangsa.
Turut hadir dan memberikan pidato, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara isu yang ditimbulkan bekas-bekas pegawai tinggi tentera terbabit
adalah penyelewengan dalam pembelian senjata melalui tender rundingan
terus seperti disuarakan Abdul Ghafir Abdul Hamid.
Beliau turut mempersoalkan RM75 bilion peruntukan untuk tentera yang
lesap sejak mula berkhidmat dalam pasukan itu sehingga bersara pada
2005.
Abdul Hadi dalam ucapannya pula mengajak 250,000 bekas pesara tentera
melakukan perubahan dengan menumbangkan Umno BN pada PRU 13 akan datang.
Beliau turut memetik penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene
dan mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
menjelaskan dalang kehilangan enjit pesawat TUDM pada 2007.
Perkara sama turut disuarakan Imran Abd hamid yang mengakui tahu tentang
selok belok penyelwengan kewangan yang berlaku dalam tentera laut
setelah 37 tahun berkhidmat bersama pasukan itu.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.