Situasi
merbahaya nampaknya berada di masa depan parti yang memerintah, UMNO
yang sedang terdesak untuk memulihkan keadaan bagi memenangi pilihanraya
yang diramal sebahagian rakyat akan dimenangi oleh pembangkang dan
sebahagian lagi meramal tidak mungkin akan berlaku.
Sumber
politik memberitahu Malaysia Chronicle bahawa bahagian UMNO di tiga
negeri, Johor, Terengganu dan Perak telah mula mengatur strategi untuk
menyingkirkan Najib Razak yang bergelumang dengan skandal untuk meletak
jawatan sebagai PM dan juga presiden UMNO.
Bukti
terbaru menunjukkan perbalahan dalaman menjadi semakin serius apabila
khabar rusuhan kaum telah mula disebarkan oleh blogger pro-UMNO.
Sambil menyelam minum air
Satu
lagi khabar yang menggerunkan adalah amaran yang diberi oleh pemimpin
yang berkait rapat dengan UMNO seperti Ibrahim Ali dan Sharizat Jalil
yang menakut-nakutkan rakyat dengan khabar bahawa rusuhan kaum seperi
kejadian 13 May 1969 yang telah meninggalkan ramai cedera dan ratusan
mati akan berulang.
Pada
rusuhan 1969, pemuda Melayu dihasut oleh pemimpin UMNO untuk menyerang
etnik Cina dengan hasutan ‘menyelam sambil minum air’.
Matlamat
utama adalah untuk menggantikan perdana menteri pertama, Tunku Abdul
Rahman dengan Abdul Razak Hussein, yang ironinya adalah bapa Najib.
Kedua adalah untuk memberi pemimpin UMNO kuasa politik mutlak dan
dominasi ekonomi dengan menuduh orang Cina membuli orang Melayu dan cuba
menghapuskan hak-hak mereka.
Dalam
keadaan UMNO yang mengetuai BN sedang bergelumang dengan skandal seperti
seks dan pembunuhan, pemengang kuasa UMNO berkemungkinan besar akan
cuba melakukan apa sahaja dalam usaha mencengkam kuasa kerajaan pusat
termasuk menjadikan Najib dan isterinya Rosmah Mansur sebagai kambing
hitam.
Panglima-panglima
yang jahat ini akan memulakan keadaan huru-hara yang akan memaksa TPM
Muhyiddin Yassin menangguhkan PRU ke-13 dan berkemungkinan juga akan
mengisytiharkan darurat sehingga BN yang memerintah Malaysia sejak tahun
1957 mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang.
Tiga senario
Itu
merupakan senario yang paling teruk diantara tiga senario yang
berkemungkinan akan berlaku kerana ia akan menjadikan Malaysia negara
yang tidak berpemerintah. Negara ini, yang merupakan kedua termoden di
Asia Tenggara selepas Singapura akan menjadi sebaris negara yang
bergolak seperti Afrika dimana rebutan dan rampasan kuasa serta
pemerintahan tentera adalah sesuatu yang biasa berlaku. Kita bernasib
baik kerana ini merupakan senario yang tidak mungkin sekali berlaku.
Ada
peluang yang lebih baik bagi bekas Menteri Mahathir Mohamad, si tukang
karut dalam UMNO untuk menjadi dalang dibelakang Muhyiddin, memaksa
kepimpinan bertukar dengan memaksa Najib meletak jawatan dan kemudian
menerajui UMNO dalam pilihanraya dengan mengharapkan perjuangan
pro-Melayu Muhyiddin untuk meraih undi.
Dengan
cara ini, Mahathir akan mengelakkan diri dari dipertanggungjawabkan atas
rusuhan berdarah dan juga menyebabkan kerugian pelaburan negara dan
juga keluarganya yang bernilai berbillion ringgit termasuk kepentingan
perniaggan menjadi sia-sia.
Senario
ketiga pula ialah, Mahathir mungkin tidak akan berbuat apa-apa pun.
Walaupun dia telah memberi lampu hijau kepada Muhyiddin untuk melakukan
apa sahaja untuk menaikkan kemarahan Najib, dia sebenarnya belum lagi
memberi kata putus. Jika selepas berusaha keras, tetapi Mahathir masih
berpendapat pertukaran di saat-saat akhir akan memusnahkan politik UMNO,
dia akan membiarkan sahaja Najib menerajui UMNO-BN dalam pilihanraya
ke-13 nanti dan mengharapkan yang terbaik.
Guna samseng jolok sarang tebuan
“Mahathir
merupakan pejuang kamikaze. Dia tidak memerlukan undang-undang darurat
jika mahu melaksanakan sesuatu. Lihatlah bagaimana dia menggantikan UMNO
lama dengan yang baru. Bagaimana dia memenjarakan Anwar Ibrahim,
memperkecil-kecilkan Abdullah Badawi,” pemerhati politik veteran
memberitahu Malaysia Chronicle.
“Namun,
pilihan menangguhkan PRU ke-13 dan mengisytiharkan undang-undang darurat
bukanlah sesuatu yang terbaik baginya. Panglima UMNO tahu bahawa
perkara ini berlaku, mereka akan dipenjarakan dan lebih dibenci.
Bertaruh di peti undi adalah pilihan terbaik. Lagipun, mereka telah
menipu daftar undi dengan banyak dan memiliki kekayaan yang
melimpah-ruah diluar negara, jadi lebih baik mereka berlawan di mahkamah
jika pemerintah yang baru mahu mendakwa mereka kerana merompak.”
“Tidak
boleh disangkal lagi jika Mahathir cuba menukar PM untuk menaikkan
semangat dalam UMNO sebelum bertarung dalam PRU ke-13. Dia sememangnya
paling suka akan pertaruhan lebih dari ahli yang lain. Dia sanggup
menang besar dengan mempertaruhkan imej pro- Melayu Muhyiddin. Untuk
melakukan itu, dia akan menaikkan sentimen Melayu. Selama ini hanya
retorik sahaja yang kedengaran. Sekarang kita sudah mendengar tentang
rusuhan kaum. Sudah pasti apa yang berlaku seterusnya adalah insiden
sebenar. Sumber dalaman memberitahu ada kemungkinan mereka akan
memulakan pergaduhan kecil disana sini untuk menyatukan orang Melayu dan
mereka akan boleh melakukan ini dengan bantuan samseng UMNO, Cina dan
India.”
Dilema bagi UMNO
Sekarang,
semua menumpukan perhatian pada sambungan pendedaham, Deepak Jaikishan,
bekas teman akrab Rosmah dan juga Musa Hassan, bekas Ketua Polis
Negara. Kedua-dua lelaki ini disyaki menjadi ‘pembunuh upahan’ bahagian
Muhyiddin-Mahathir. Mereka telahpun melepaskan sasaran pertama pada
Najib dan Rosmah.
Deepak
tidak berselindung dalam menuduh Najib menerima jutaan ringgit bagi
membolehkan kontrak ketenteraan yang menguntungkan sekutu politiknya,
ketua wanita Selangor. Lebih buruk lagi, Deepak memeranjatkan negara
apabila dia mendedahkan Rosmah dan Najib juga telah meminta bantuan
daripadanya untuk menerbalikkan akuan bersumpah kontroversi yang telah
melibatkan nama mereka dalam pembunuhan Altantuya Shaariibu serta rasuah
Scorpene.
Juga
mengambil peluang, Musa Hassan yang melepaskan sasaran dengan
mendedahkan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri,Hishammuddin Hussien
sebagai sering campur tangan dalam urusan polis, dan mempengaruhi hasil
siasatan.
Bagi
pemerhati UMNO, Deepak dan Musa telah memusnahkan peluang terakhir UMNO.
Ini ibarat saingan Najib dalam UMNO memberinya kata dua, “Adakah kamu
masih mahu untuk memegang kuasa dengan setelah semua ini didedahkan? Nak
lagi?”
Ia
tidaklah seperti menikam dari belakang seperti yang disangka orang luar.
Pemimpin UMNO sedang berada dalam dilema. Ya, mereka sedang bergaduh
sesama sendiri kerana berebut kerusi dalam PRU ke-13 nanti. Ya, mereka
tidak senang akan senarai ‘boleh menang’ Najib tetapi dia juga kurang
memberi bekerjasama kepada mereka. Tidak hairanlah jika musuhnya juga
turut serta dalam percubaan menjatuhkannya sebelum pilihanraya kerana
keputusan pengundi tidak boleh diagak. Akhir sekali, Najib merupakan
orang yang paling tidak boleh diharapkan untuk memimpin BN bagi menuju
kemenangan dalam PRU ke-13. Ini menyebabkan ramai ahli UMNO mahu
Muhyiddin untuk menggantikannya. Bagi mereka, UMNO tidak boleh tumbang
bersama Najib,” seorang lagi pemerhati memberitahu Malaysia Chronicle.
Najib mungkin akan letak jawatan sebelum PRU ke-13
Sehingga
kini, Najib dan Rosmah hanya berdiam diri. Sebagai seorang PM, Najib
sepatutnya lebih berkuasa. Ada cakap-cakap bahawa para penasihatnya
sedang sibuk merancang strategi untuk melawan tetapi jika diikutkan
sifat Najib yang tidak begitu bijak, kemungkinan dia akan menyediakan
perangkap yang akan memenjarakan musuh-musuh politiknya tidak mungkin
berlaku.
Walaupun
dia merupakan anak sulung bekas presiden UMNO yang diagungkan, atau
pernah menjadi menteri pertahanan dan juga boleh mengawal polis melalui
sepupunya Hishamuddin, Najib tidak mampu mampu mengawal jentera kerajaan
dan institusi-institusinya. Kedua-dua dia dan isterinya tidak popular
akibat skandal dan sikap yang boros jika mereka berbalah dengan Mahathir
dan Muhyiddin. Mereka pasti akan kalah.
Lebih
agresif dari suaminya, Rosmah telah mengugut untuk mendedahkan rahsia
gelap dan menggemparkan para musuhnya. Ini merupakan perkembangan yang
jika benar-benar berlaku akan menamatkan riwayat UMNO. Seperti pepatah
menyebut, Hell hath no fury like a woman scorned! (Kemarahan wanita
ibarat api neraka!)
Walau
bagaimanapun, siapa yang mempunyai wang yang paling banyak dan sanggup
memanipulasi kesudahannya, akan menang dalam UMNO. Orang itu semestinya
Mahathir, yang didakwa memiliki sebanyak US $44 bilion diserata dunia.
Setakat
ini, situasi dalam UMNO sedang kacau bilau dan Mahathri masih lagi belum
membuat keputusan. Tetapi bagi mereka yang berkuasa dalam UMNO, Najib
terpaksa juga meletakkan jawatan dalam beberapa minggu lagi untuk
memberi laluan kepada PRU ke-13, yang akan dijangka akan diadakan dalam
30 ke 60 hari lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.