Followers

Wednesday, February 13, 2013

Pendedahan ini merungkai kejahatan UMNO/BN diterbitkan oleh PBO™

Dulu aku pernah tulis mengenai dakwaan DPMM bahawa orang melayu Johor kini menduduki takhta orang melayu paling miskin. 

Kali ini dakwaan DPMM itu diperkuat lagi dengan pendedahan panas dua laporan ini.


Kerja siapa lagi kalau bukan kerja UMNO/BN yang tak habis-habis merompak harta rakyat. Itupun bukan main lagi hangpa duk cium tangan Najib. Tapi PBO yakin, pengundi dah semakin bijak, bijak untuk menumbangkan UMNO/BN pada PRU 13 nanti.

Laporan berita pertama memetik pendedahan dari Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim.

Tanah rakyat Johor yang dirembat secara haram sedang dilelong kepada pelabur asing oleh kroni Perdana Menteri untuk pembangunan bersepadu. Semua tanah berkenaan dilelong kepada pelabur Eropah, China, Hong Kong dan Singapura.
“Dari Sungai Danga, Sungai Perling sampai ke Tanjung Pelepas, kebanyakan tanah diberi pada KPRJ (Kumpulan Prasarana Rakyat Johor).

“Tapi bukan KPRJ yang bangun dan uruskan. Tanah ini digadai kepada Danga Bay yang dipunyai Lim Kang Hoo, kroni Najib Razak dan Ghani Othman,”

“Dulu DPMJ (Dewan Perniagaan Melayu Johor) nak majukan, tapi ditolak. Sekarang di Lido Boulevard, dari depan Masjid Abu Bakar sampai Marin Shahbandar dimiliki
tauke judi, Vincent Tan" ~keadilan daily

Dan pendedahan kedua ini lagi memeranjatkan. Bekas Menteri Kabinet UMNO/BN dan juga kini Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng telah membuatkan darah Najib semakin mendidih. Sudahlah insiden memalukan di Penang baru-baru ini tak kebah lagi. rujuk {sini} dan juga rujuk {sini} Sekarang rahsia sudah pecah ..

Najib Razak pada 2009 bertemu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong
mengenai pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Johor dengan Singapura.

pembinaan jambatan tersebut dimanipulasi Najib sebagai taktik merampas tanah penduduk kampung terlibat termasuk di Pengerang dengan harga
murah bertujuan mewujudkan bank tanah.

“Ia kemudiannya akan dijual semula dengan harga murah kepada pemaju kroni untuk dibangunkan kawasan perumahan dan komersil,”

taktik tersebut turut sama diguna pada 1992 semasa pembinaan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) apabila 33,000 ekar tanah di Gelang
Patah diambil dan diberi kepada UEM.

“Sedangkan, tak payah (ambil tanah sebanyak itu). Sekarang hendak diulang (di Pengerang). Beli dengan harga RM2.80 sekaki. Bila perumahan dibina, harganya
melonjak naik sehinga 1,000 peratus. Siapa yang untung? Kroni Umno BN,”

“Di Pengerang, ramai orang Singapura akan masuk untuk beli kondominium. Ia tak mampu dibeli oleh rakyat Johor khasnya orang Melayu,” ~keadilan daily

Tu diaa ... untung sampai 1000%. Memang gila babas betul puak UMNO/BN merompak duit rakyat. Khas buat rakyat Johor, sudah-sudahlah tu mengundi UMNO/BN.

Jangan fanatik sangat dengan BR1M RM500 sedangkan puak "haramjadah" ni songlap beratus juta. Kalau korang tak sayang diri pun, ingatlah cucu cicit nanti, mampus macam ni.

Pendat PBO yang sekupang ni, satu suruhanjaya bebas perlu diwujudkan untuk mengkaji taraf ekonomi penduduk Johor dan Malaysia umumnya secara telus. . . Tengok berapa banyak yang tinggal untuk orang melayu.

Mari sebarkan artikel ini serata alam untuk menyedarkan anak bangsa kita. 



PEN BUROK ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.