SUBANG JAYA, 6 FEB : Dua nama pemimpin Umno Selangor didakwa menerima
sekeping tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di kawasan USJ3B dan USJ3D
di sini dengan harga RM2 sekali.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ahli politik Umno
tersebut adalah Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas yang merupakan
Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya (1985-1995), Pengerusi Tetap Umno
Subang (1995-2001) dan Adun Kelana Jaya Selangor (1986-1995).
Megat Najmuddin juga adalah ahli Lembaga Pengarah Petronas, Presiden
Malaysian Institute of Corporate Governance dan anggota Lembaga Disiplin
Umno (2002-2009).
Ujar
Nik Nazmi, turut menerima lot tanah tersebut ialah Ketua Wanita Umno
Bahagian Kelana Jaya, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin yang
merupakan bekas Adun Seri Setia pada 2004.
“Ia perkara yang amat mendukacitakan ketika mana rakyat susah untuk
mendapat sekeping tanah dan untuk membeli rumah di sekitar Petaling Jaya
dan Subang Jaya.
“Tetapi mereka mendapat tanah dengan mudah dan menjadi ‘jutawan segera’ dengan mendapat kelebihan seperti ini,” kata Nik Nazmi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung Skandal Sapu Tanah 1Malaysia (SAT1M) yang diadakan di USJ 3 di sini.
Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, pemberian tanah
itu tidak munasabah kerana mereka memperolehinya pada harga RM2 sekaki
sedangkan nilai pasaran hartanah ketika ini berharga sekitar kira-kira
RM175 sekaki.
“Tanah-tanah
tersebut mempunyai 99 lot tanah banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun
di mana diluluskan oleh mesyuarat Exco ketika itu pada 20 Februari
2001,” kata Hannah.
Ujarnya dalam pemberian tanah itu terdapat tiga nama ahli politik MCA Kelana Jaya, Lee You Hin, Yap Yun Fatt dan Lim Kok Sai.
“Kita mahu pemimpin BN memberikan respon berkenaan isu ini apabila
mereka berkempen di Subang Jaya nanti kenapa mereka memperolehi tanah
pada harga yang murah,” kata Hannah.
Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, pendedahan skandal pemberian tanah
itu membuktikan pimpinan Umno-BN lebih mementingkan kroni parti mereka
sendiri.
“Kita menyeru rakyat Selangor membuat penilaian yang tepat dalam PRU ini,” tegas Ng.
Turut hadir dalam sidang media pendedahan skandal tanah itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
MIMPI SENJA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.