Akhbar berpangkalan di Manila, The Star Filipina
(PhilStar), melaporkan dua hari lalu Amalilio merupakan anak saudara
kepada Musa dengan memetik pendedahan dari Malaysia oleh Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ya, ibunya adalah sepupu sulung Musa,” kata Anwar kepada akhbar
Filipina itu sambil menambah “nama sebenar Amalilio ialah Kamal bin Said
dan dilahirkan di Beaufort, Sabah”.
Bekas timbalan perdana menteri itu melakar gambar hubungan keluarga Musa
dengan penjenayah Filipina tersebut dan menamakan nama ibu Amalilio
sebagai “Zubaidah Omar, sepupu kepada Ketua Menteri Sabah. Haji Aman
(bapa Musa) dan Haji Omar (bapa Zubaidah) adalah adik-beradik.”
Walaubagaimanapun, Musa berkata dia hanya baru mengetahui tentang
hubungan keluarganya dengan Amalilio dan disifatkan beliau sebagai
“saudara jauh”.
“Saya mempunyai sebuah keluarga yang besar dan hanya baru-baru ini saya
dimaklumkan bahawa individu itu adalah saudara jauh,” kata beliau dalam
satu kenyataan media ringkas hari ini.
“Sama ada benar atau tidak Amalilio adalah saudara, pihak berkuasa perlu
menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang perlu.”
Musa juga berkata beliau menyedari penangkapan Amalilio hanya melalui
laporan berita, serta baru sahaja sedar diheret bersama dakwaan yang
mengatakan beliau telah menghalang penjenayah tersebut daripada dihantar
dari Sabah ke Manila.
“Izinkan saya membuat penjelasan bahawa kerajaan negeri Sabah tidak akan
campur tangan dalam perkara ini,” kata Musa. “Ini adalah urusan antara
pihak polis dan Interpol.”
Beliau menegaskan bahawa tiada siapa yang dapat membatasi undang-undang
dan mengalu-alukan tindakan undang-undang diambil keatas mereka yang
bersalah.
Beliau berharap kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cepat.
Sebelum ini, laman web berita Filipina, ABS-CBN menyiarkan kenyataan
Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas bahawa Musa menyekat ejen
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) dari membawa individu dikehendaki polis,
Manuel Karingal Amalilio pulang ke Filipina.
Amalilio dikehendaki polis Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000
orang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) dan turut dikatakan
sebagai anak saudara Musa, tetapi dinafikan oleh polis Malaysia.
Menurut laporan tersebut, Amalilio yang memiliki Futures Group
dilaporkan mengaku sebagai warganegara Malaysia dan menggunakan nama
alias Mohammad Suffian Saaid.
Amalilio ditangkap oleh imigresen Malaysia pada 22 Januari lalu kerana menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.
Mimpi Senja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.