Followers

Monday, February 25, 2013

Mari lihat Najib mengarut .................


Kata Najib, sekiranya BN menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan kerajaan diterajui dengan mandat yang kuat, beliau yakin pasaran saham akan melonjak.

"Negara luar pun sudah menunggu BN mendapat mandat menjadi kerajaan baru,"
 

Siapa yang Najib nak perbodohkan ini? Pelabur atau rakyat yang menjadi pengikut setia UMNO/BN?

Kalau rakyat jelata, hentikanlah kerana fakta menunjukkan sebaliknya. PBO cari maklumat dan ianya bukan sukar sangat. Tapi jika rakyat yang hanya berpaksikan media arus perdana yang terus menerus memperbodohkan rakyat memang tak jumpa.

Negeri mana catat pelaburan tertinggi? Mungkin negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional, boleh rujuk

Malah negeri di bawah pakatan juga mendapat pujian audit negara dan sekurang-kurangnya membuktikan pentadbiran pakatan rakyat lebih baik dari Barisan Nasional.
 
Najib yang menjadi presiden UMNO dan BN hanya membuat cerita karut dan menakut-nakutkan pengundi. Skrip lama yang diulang tayang setiap kali pilihanraya.

Pelabur sebenarnya takut dan bimbang dengan gejala rasuah dan ketirisan yang terus menerus menghantui pentadbiran UMNO / BN dulu, kini dan selamanya.

Pelabur sebenarnya menunggu masa pakatan rakyat mengambil alih Putrajaya. Ayuh kita tumbangkan UMNO/BN pada PRU13 nanti.

   
Pen Burok Online
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.