Followers

Wednesday, February 27, 2013

Mahkamah Bebaskan Mat Sabu Dan Tian Chua Tuduhan Sertai BERSIH 1.0 Posted by Addin Deen


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dan Naib Presiden PKR Tian Chua daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih 1.0 pada November 2007.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Datuk Jagjit Singh Bant Singh dalam keputusannya berkata, kedua-dua tertu berjaya menimbulkan keraguan munasabah semasa memberikan keterangan berhubung insiden di hadapan Istana Negara.

Namun, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan disabitkan kesalahan kerana gagal timbulkan keraguan munasabah.

“Keterangan yang diberikan (Gobalakrishnan) hanya penafian kosong semata-mata dan beliau tak ingat perkara yang berlaku pada hari tersebut,” kata Jagjit. 
 
 
~free malaysia today

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.